Skip to main content

Viral

Masak Sendiri 340 Kilogram Sotong Untuk Sedekah Masjid, Ramai Puji Usaha Murni Aleeya Zailan & Suami! - "Allahu Murah Rezeki"

sekadar-gambar-hiasan-2022-10-23t003812-929.png

"Apa yang anda beri pada saya, saya beri balik pada kalian," demikian kata influencer dan usahawan viral, Aleeya Zailan yang tidak lokek bersedekah.

Berkongsi momen indah memasak sendiri 340 kilogram sotong yang dibeli daripada duit yang diberikan kepadanya ketika sesi live di TikTok, ramai yang memuji usaha murni Aleeya dan suami, Azri Aziz.

Lebih manis, pasangan suami isteri itu turut mengagihkan sendiri hidangan kepada 340 jemaah masjid sempena sambutan Maulidur Rasul di Masjid Al-Syakirin Gombak baru-baru ini.

"Sebanyak 340 kilogram sotong sambal sedia untuk dimasak sebelum dibawa ke masjid bagi menjamu jemaah yang hadir memeriahkan majlis sambutan Maulidur Rasul.

"Bukan itu sahaja, kami juga menyediakan beberapa lauk lain seperti sambal sardin, gulai daging dan sayur goreng," celotehnya dalam video tersebut sambil tangan sibuk menumis bahan.

Menerusi rakaman langsung dikongsikannya di media sosial baru-baru ini, kelihatan Aleeya bersama suami serta beberapa pembantu sedang bertungkus-lumus menyediakan masakan.
 

terima kasih atas pemberian gifts2 di tiktok selama ini? mungkin ramai yang tak tau kemana perginya semua duit gift yang korang bagi tu. inilah dia.. Aleeya dermakan balik. whatever u give me, i give it back to you dalam bentuk pahala? semoga berkat rezeki kite semua ya ?

Must-Watch Video

Advertisement