Selepas hampir tiga tahun, filem kedua Venom akhirnya ditayangkan.

Filem Venom: Let There Be Carnage menyaksikan kesinambungan daripada babak ‘end-credit’ yang ditayangkan pada Venom pertama.

Apa yang berlaku pada Eddie Brock (Tom Hardy) selepas pengakhiran Venom pertama, semuanya didedahkan menerusi filem kedua ini.

Namun, bagi anda yang tertanya-tanya sejauh mana hebatnya Venom: Let There Be Carnage ini, berikut merupakan ulasan daripada Gempak.

#Simbiosis Eddie dan Venom!

Permulaan filem ini menceritakan tentang asal usul watak penjenayah Cletus Kasady dan kisah cintanya bersama Shriek.

Pada masa sama, 30 minit terawal filem ini juga bakal menceritakan tentang sejauh mana hubungan atau simbiosis antara Eddie dan Venom.

Bagaikan pasangan bercinta, pergolakan antara Venom dan Eddie dipaparkan dengan begitu kerap dalam filem ini.

Filem kedua ini menggambarkan kemelut kehidupan Eddie yang serba serbi berkecamuk.

Namun, dalam pada tekanan dihadapi Eddie, filem ini dimeriahkan dengan pelbagai lawak jenaka dan ‘punchline’ kelakar.

Bayangkan Venom juga pandai membuat lawak dan memberi banyak ‘punchline’ dalam filem ini.

#Venom vs Carnage!

Babak aksi dalam filem ini agak mengagumkan kerana lawan Venom kali ini bukan biasa-biasa.

Penulis bagaikan tidak puas melihat ’fighting sequence’ disajikan. Aksi di hujung akhir filem ini agak ‘intense’ sebenarnya.

Jika anda tertanya bagaimana Carnage ini wujud, itu anda perlu tontonnya sendiri.

Namun secara dasarnya, villain ini memang lebih kuat dan berkuasa daripada Venom.

Terdapat satu babak yang memperlihatkan Venom sedikit gerun dengan Carnage dan hampir putus asa. Betapa kuatnya Carnage!

#Kejutan End Credit, Mind Blowing!

Pun begitu, keterujaan menonton Venom: Let There Be Carnage tidak terhenti di situ.

Terdapat satu babak penting yang dipaparkan di bahagian ‘end-credit’.

Impaknya sangat besar buat peminat Venom, sekali gus membuatkan penonton tidak sabar menantikan filem seterusnya

Rating Gempak : 7.5/10

Apapun dapatkan akses awal filem Venom: Let There Be Carnage di Astro Best (Saluran 481) atau On Demand Store menerusi Ultra Box dan aplikasi Astro GO.

Tonton segera dan jangan lepaskan peluang untuk memenangi TTRacing Maxx Air Threads Fabric Gaming Chair (VENOM edition) dan barangan eksklusif filem Venom: Let There Be Carnage.

Maklumat lanjut di astro.com.my/promotions