Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencuri perhatian wargamaya apabila menaiki motosikal jenis skuter bagi mengedarkan sejumlah komputer riba pada penduduk kampung.

Menerusi laman sosial Instagram, Saddiq berkongsi foto menaiki motosikal miliknya sendiri yang diberi nama ‘Bumblebee’ untuk tatapan umum.



“Sampai lagi Laptop untuk orang Muar. Saya naik motor saya "Bumblebee" untuk sampaikan laptop dari kampung ke kampung. Let's do this!” tulis Saddiq sebagai kapsyen.

Pada hujung Disember tahun lalu, Saddiq menerusi #BotakChallenge melancarkan kempen mengutip sumbangan membeli 100 buah komputer riba berjumlah RM200,000.

Hasil daripada kempen itu, 50 laptop yang berharga RM1,500 setiap satu telah diedarkan oleh beliau sendiri kepada pelajar-pelajar di sekitar Muar yang memerlukan komputer riba.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya memberikan pujian kepada bekas Menteri Belia & Sukan itu kerana terus berjuang untuk penduduk kampung.

Malah, ada yang turut berpendapat warga Muar cukup bertuah dan beruntung memiliki seorang wakil rakyat yang cergas, rajin dan prihatin.

Terbaik YB. Demi pemuda negara kita,” puji seorang wargamaya.

Mantap YB. Suka tengok YB gembira menyumbang laptop pada orang Muar. Kalaulah Sabah ada macam ni,” luah seorang wargamaya.

Untung orang Muar dapat YB yang prihatin dengan nasib rakyat,” ujar seorang wargamaya.

Tahniah YB. Sepatutnya YB lain pun patut buat benda yang sama untuk rakyat masing-masing,” komen seorang wargamaya.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 22,000 tanda suka daripada pengikutnya.