Laman Utama

Uqasha Beri Sebab Kenapa Dia Bersetuju Untuk Jayakan Babak Berkemban, Peluk Amerul Affendi Dalam Sumpahan Jerunei

Izwan Isa
20/07/2023
00:50 MYT
Pelakon Uqasha Senrose bakal kembali ke layar lebar menerusi filem terbaharu berjudul Sumpahan Jerunei. Menerusi filem bergenre seram tersebut, Uqasha membawakan watak Bee, seorang pegawai pemeliharaan warisan yang meminati perkara mistik.
Sungguhpun begitu, ada dua babak dalam filem berkenaan yang memerlukan Uqasha untuk beraksi sedikit daring - berkemban dan juga memeluk rakan pelakonnya, Amerul Affendi.
Aktres yang juga isteri kepada pelakon Kamal Adli itu berkata, adegan daring yang dilakonkan dalam naskhah arahan Jason Chong itu adalah sekadar memenuhi tuntutan watak, plot dan skrip semata-mata.
“Kalau nak tahu, kedua-dua babak tersebut dilakonkan mengikut skrip yang diberi, selain keperluan jalan cerita dan plot. Boleh dikatakan, ia mencantikkan lagi flow cerita ini. Lagipun, ketika itu saya masih solo dan belum mendirikan rumah tangga.
“Saya dalam fasa berkawan dengan Kamal. Jadi, saya tiada komitmen dengan sesiapa. Saya pula memang tidak boleh dicabar dan nak cuba lakonkan semua adegan sendiri. Tapi apa pun, saya masih menjaga batas,” katanya kepada Gempak.
Uqasha berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Sumpahan Jerunei yang diadakan di ibu kota baru-baru ini.
Sungguhpun pernah berlakon dalam filem seram sebelum ini, namun, menurut Uqasha, filem Sumpahan Jerunei memberikan pengalaman berbeza dan paling mencabar buatnya setakat ini.
“Kalau nak diikutkan, setiap babak dalam filem ini susah bagi saya. Antara babak yang saya rasa sangat mencabar adalah ketika saya diikat dan naik ke atas pokok.
“Saya juga perlu menjayakan babak dalam sungai.. Tapi sungai itu tak bersih, macam-macam benda ada dalam air, termasuk sisa kumbahan daripada kampung berkenaan,” katanya lagi.
Ditanya adakah dia dan rakan pelakon lain ada diganggu perkara-perkara mistik ketika menjalani penggambaran, Uqasha berkata: “Alhamdulillah, kami aman ketika menjalani penggambaran di sana,” katanya menutup bicara.
Menerusi filem Sumpahan Jerunei, Uqasha bergandingan dengan barisan pelakon hebat seperti Bront Palarae, Amerul Affendi, Syafie Naswip, Tony Eusoff, Daiyan Trisha, Yuyun Hikmah dan ramai lagi.
Sumpahan Jerunei akan menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia bermula 27 Julai depan.
BACA: "Kena Ikat Dalam Air, Mandi Air Sungai Tempat Buangan Najis" - Uqasha Senrose Kongsi Cabaran Berlakon Sumpahan Jerunei
BACA: “Saya Pernah Keguguran… Maksudnya Bukan Tak Boleh Hamil!” - Uqasha Senrose Tidak Terkesan Dengan Sindirian Soal Zuriat​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

#GTheUntoldStory: Hawra Uqaira, Penyeri Hidup Kamal & Uqasha

gempak
06/07/2024
03:55 MYT
Selami perasaan Uqasha dan Kamal mengenai Hawra Uqaira, cabaran bergelar ibu dan bapa dan perancangan karier pada masa depan.
Hiburan

Uqasha Senrose Dedah Wajah Hawra Uqaira, Bakal Kongsi Kehidupan Bergelar Ibu Di ‘Oh Baby Kamal & Uqasha’

gempak
03/07/2024
07:53 MYT
Buat pertama kali pelakon Uqasha Senrose mendedahkan wajah puteri sulungnya iaitu Hawra Uqaira yang kini sudah berusia dua bulan.
Hiburan

Uqasha Senrose & Kamal Adli Kongsi Nama Penuh Anak - “Hawra Saya Pilih, Dia Ambil Uqaira…”

gempak
18/05/2024
04:28 MYT
Selepas tiga minggu, akhirnya pasangan selebriti Uqasha Senrose dan suaminya, Kamal Adli berkongsi nama penuh puteri sulung mereka iaitu, Uqaira Hawra.
Hiburan

Uqasha Senrose Selamat Bersalin, Beri Nama Uqaira

gempak
27/04/2024
05:18 MYT
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Hiburan

Lelaki Serang Kamal Adli Mengaku Bersalah, Dihukum Penjara Selama 2 Tahun

gempak
25/04/2024
08:35 MYT
Lelaki yang menyerang pelakon, Kamal Adli menggunakan belantan di Singapore Expo pada Mac tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu oleh mahkamah Singapura pada Khamis. Tertuduh yang dikenali sebagai Muhammad Nabil Rashid, 34, yang juga warga Singapura pada 31 Januari lalu mengaku bersalah atas satu pertuduhan