Wulan Guritno selalu menjadi perhatian peminat di Indonesia kerana kejelitaannya. Meski kini sudah berusia 42 tahun, penampilannya tetap memukau.

Dia juga dilabelkan sebagai seorang wanita yang tetap awet muda biar sudah melepasi usia 40 tahun. Tidak hanya itu, model, pelakon dan hos ini juga sudah memiliki tiga anak hasil dari dua perkahwinannya sebelum ini.

Kembali memegang status janda sejak 2021 lalu, nampaknya hati Wulan kini kembali terisi dengan cinta.

Apa yang menjadi buah mulut adalah wanita tersebut menjalin cinta dengan seorang lelaki yang muda 15 tahun daripadanya.

Pemuda tersebut adalah dan Sabda Ahessa yang baru berusia 26 tahun. Hubungan cinta mereka tidak pernah disembunyikan, malah sering dipamerkan dalam media sosial Instagram masing masing.

Sabda dalam salah satu temubual di YouTube mengaku jatuh cinta dengan Wulan kerana menyifatkan wanita itu sebagai ‘hot’.

Wulan pula mengatakan meskipun Sabda baru berusia 26 tahun, namun kekasihnya itu matang.

Sementara itu viva.co.id melaporkan ibu Sabda mengaku terkejut anak bujangnya bercinta dengan seorang janda yang sudah berusia lebih 40 tahun.

Namun hal itu tak bermakna dia tidak memberi restu terhadap asmara yang terjalin.

“Kalau mereka serasi dan bahagia mengapa tidak?”kata ibu Sabda.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!