VIRAL
Ustaz Hadhari Tegur Tindakan Suami Isteri Dedah Aib Sendiri - “Memang Halal Tapi Kalau Cerita Ke Orang Itu Adalah…”
Penyampai radio Zayyan, Tajdid Hadhari menegaskan perbuatan mendedahkan aib rumah tangga terutama sekali yang berkaitan dengan hubungan intim suami isteri kepada khalayak ramai adalah haram di sisi agama.
Jelas Ustaz Hadhari, hubungan antara suami dan isteri sememangnya suatu perkara yang halal dan berpahala.
Namun, apabila dikongsi di media sosial ia boleh menjadi satu dosa kerana membuka aib yang sepatutnya menjadi rahsia peribadi rumah tangga.
“Ya, yang halal tu hubungan sesama suami isteri. Dapat pahala. Tapi kalau cerita ke orang, itu haram.
“Jadi kalau kita nak cerita ke orang, tak payah. Biarlah sesama kita dengan suami isteri je,” katanya menerusi video di TikTok.
Tambahnya lagi, perkara itu tidak perlu untuk berkongsi secara terperinci hal dalaman rumah tangga kerana ia boleh mengundang fitnah, persepsi negatif dan memalukan diri sendiri.
“Tak perlu cerita ke orang apa punca penyakit tu. Ditambah pula, kita mempengaruhi orang dengan cerita kita. Tak elok. Jaga aib,” jelasnya.
Dalam pada itu, Ustaz Hadhari turut mengingatkan agar setiap pasangan suami isteri menjaga adab serta rasa malu seperti yang sering ditekankan dalam hadis Nabi Muhammad SAW serta mengharapkan pasangan mampu menjadi lebih matang dalam perhubungan.
“Sebab banyak hadith Nabi juga, Nabi tegur berkaitan dengan perasaan malu. Jagalah adab.
“Mudah-mudahan kita lebih cerdik menjadi seorang suami ataupun seorang isteri. Tak payahlah cerita ke orang apa yang awak buat tu. Kalau sebab kena jangkitan tu, biar doktor je yang tahu,” tegasnya.
Must-Watch Video