Hiburan

Uyaina Arshad Kongsi Pengalaman Hamil Anak Pertama & Kedua - “Syahiran Yang Banyak Mengidam Tahap Merajuk Cranky Kalau…”

gempak
Asyikin Mayudin
18/04/2024
11:55 MYT
Sponsor Banner
Uyaina Arshad Kongsi Pengalaman Hamil Anak Pertama & Kedua - “Syahiran Yang Banyak Mengidam Tahap Merajuk Cranky Kalau…”
Sedang sarat hamil anak kedua, pengacara dan pelakon Uyaina Arashad memberitahu dia tidak pernah berasa mengidam sepanjang kehamilan.

Tak Pernah Rasa Mengidam

Menerusi perkongsian di Instagram, Uyaina berkata dia hanya mengikut selera suaminya, Raja Syahiran ketika hamilkan anak pertama namun berbeza dengan kehamilan yang kedua.
“‘Takde ngidam apa2 ke mengandung ni?’ Soalan yang saya selalu dapat time pregnant. Sejujurnya, saya memang tak ada cravings. Tak ada teringin makan apa-apa yang terlalu melampau atau kalau tak dapat boleh merajuk atau meleleh air liur.
“Alhamdullilah. Pertama dan kedua kehamilan sama. Tak ada mengidam teruk-teruk. Cuma, selera makan saja lain. Masa mengandungkan Urhan, selera saya ikut selera Syahiran.
“Hari-hari nasi kandar pun tak apa. Pasta langsung tak suka. Tu Urhan suka makan maruku tu, Lepas itu Syahiran yang banyak mengidam tahap merajuk cranky kalau tak dapat.
“Second pregnancy ni pula, saya makan semua benda kecuali nasi kandar. Tapi kalau dah terpaksa makan, okay saja. Tapi kalau boleh avoid, memang tak nak nasi kandar. Japanese, Korean, lauk Melayu kampung, pasta semua onz,” kongsinya.

Ibu Mengidam Buah Anggur Dalam Dulang Hantaran

Pada perkongsian yang sama, Uyaina turut berkongsi mengenai pengalaman ibunya yang mengidam buah anggur atas dulang hantaran perkahwinan ketika sedang hamil abang keduanya.
“Tapi bila dengar cerita my ummi, masa dia mengandungkan abang saya nombor dua, dia ada cravings yang sangat pelik. Dia teringin buah anggur.
“But not just any buah anggur, dia mengidam buah anggur dalam dulang hantaran orang kawin tu… Allahuakbar. Kelakarkan bila cerita pasal mengidam ni,” katanya lagi.
Untuk rekod, Uyaina mendirikan rumah tangga dengan Syahiran pada 21 Disember 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Raja Urhan yang kini berusia setahun.
Uyaina dan Syahiran juga kini sedang menantikan kelahiran cahaya mata kedua mereka pada Mei ini.

BERITA TRENDING: Isu Duit Raya RM3, Ini Nasihat Uyaina Arshad - “Dapat 10 Sen Sekali Pun Bersyukurlah, Duit Raya Diberi Ikut Kemampuan..."

BERITA TRENDING: Uyaina Arshad, Raja Syahiran Bakal Timang 'Baby Boy' Lagi!

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024