Berita

Vaksin COVID-19 Sedia Diuji Kepada Manusia

gempak
Asraf Aided
26/02/2020
09:59 MYT
Sponsor Banner
Vaksin COVID-19 Sedia Diuji Kepada Manusia
Firma Biotek Amerika Syarikat, Moderna telah menghantar vaksin koronavirus (COVID-19) kepada pengkaji di negara itu dan sedia untuk diuji kepada manusia.
Perkara itu dimaklumkan oleh CNN menerusi perkongsian di akaun rasmi Instagram mereka.
Hasil eksperimen penghasilan vaksin itu dihantar ke pangkaji khas bidang perubatan di Amerika Syarikat selepas enam minggu proses imunisasi.
Pihak perubatan dan syarikat farmaseutikal telah berusaha keras untuk mencari penawar penyakit yang semakin menular itu.
Setakat ini, lebih 80,000 orang di seluruh dunia telah dijangkit COVID-19.
Walaubagaimanapun, difahamkan vaksin COVID-19 masih tidak tersedia untuk digunakan selama sekurang-kurangnya setahun atau 18 bulan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live