Laman Utama

Via Vallen Nak Kahwin, Majlis Berlangsung 5 Hari!

gempak
Maliah Surip
11/07/2022
14:55 MYT
Sponsor Banner
Via Vallen Nak Kahwin, Majlis Berlangsung 5 Hari!
Penyanyi Via Vallen akan mendirikan rumah tangga dalam tempoh seminggu akan datang.
Pelantun lagu Sayang itu akan menikah dengan kekasihnya yang juga vokalis kumpulan Papinka, Chevra Yolandi.
Tidak mahu melepaskan satu pun adat atau kebiasaan yang dilakukan bagi pasangan pengantin baharu, perempuan berusia 31 tahun tersebut akan menjalani beberapa proses sehingga persandingan.
Majlis majlis merayakan cinta Via Vallen yang muda tiga tahun dari calon suaminya itu akan berlangsung selama lima hari.
Menerusi laporan Kompas, antara majlis atau acara yang akan dilalui penyanyi dangdut itu adalah persiapan sehingga pengajian sebelum menikah seterusnya bersanding.
Via Vallen akan menjalani acara pengajian (khatam) yang menjadi adat pertama sebelum berkahwin pada 13 Julai ini.
Dia kemudian akan melakukan majlis bersiram pada 14 Julai dan menikah 15 Julai 2022.
Setelah itu mereka juga dijadualkan mengadakan majlis resepsi sebelum rangkaian acara meraikan perkahwinan diakhiri pada 17 Julai 2022.
"Rangkaian acara pernikahan @viavallen dan @chevra_yo88 akan ditayangkan secara live!", begitu stesen televisyen Indosiar memaklumkan peminat pasangan selebriti tersebut.
Terdahulu Chevra Yolandi masuk meminang Via Vallen pada 11 Mei 2022.
Via Vallen mengaku jatuh cinta dengan vokalis itu kerana sikap ambil berat dan tanggungjawab terhadap ibunya.
“Saya rasa lelaki yang selalu memberi keutamaan terhadap orang tua terutama ibunya adalah lelaki yang tepat untuk menjadi pendamping hidup saya,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024