Penyanyi Vanessa Reynauld tidak pernah kecewa atau putus harapan biarpun kerap diejek dan dibuli dengan body shaming sejak kecil.

BACA: "Nak Jadi N*gro Kenapa?" - Vanessa Reynauld Tersinggung Disuruh Luruskan Rambut, Tukar Make-Up Kalau Nak Popular

Kata Vanessa, dia pernah mengalami ketakutan melampau hingga trauma untuk ke sekolah.

"Gemuk, buruk, tak lawa, kurus, kusam, hitam. Golongan seperti ini sentiasa diejek dan menjadi mangsa buli.

"Body shamming boleh menjejaskan kehidupan seseorang tanpa kita sedar…ada orang sampai mental dan ada yang bunuh diri. Bayangkan how bad it is?

"Hakikatnya, kita semua tak sempurna, namun hanya kita boleh ubah mindset dan mencintai diri sendiri.

"Saya jarang berkongsi perkara ini tetapi orang selalu nampak saya senyum dan yakin atas pentas. Sebenarnya saya ada sisi kehidupan yang orang tak tahu…

"Dari kecil lagi saya selalu kena ejek sampai pernah rasa takut dan trauma pergi sekolah! Ada yang samakan saya dengan suku kaum dan etnik tertentu hanya kerana rambut afro semula jadi saya yang cantik ni," ceritanya.

Namun, seteruk mana Vanessa dikritik, pelantun lagu Rindu Separuh Nyawa itu mengharunginya dengan tenang.

Malah, Vanessa akui sumber kekuatan utama adalah abangnya, Christopher yang menghidap Down Syndrome.

"Dari progan Ceria Popstar, sehingga ke pentas Separuh Akhir AJL was a very long and bumpy ride. Walaupun saya pernah mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa, memang susah nak dapatkan appreciation umum.

"Tak mengapalah sebab saya tak pernah berputus asa! Sebab ini impian saya, saya takkan biar komen negatif melemahkan saya.

"Saya kuat kerana keluarga. I promise to give them a good life especially abang saya, Christopher.

"Abg saya is a special boy, dia mengidap Down Syndrome. He’s totally dependent jadi sayalah yang jaga everyday, beri dia makan dan mandikan dia.

"Christopher adalah true love kami sekeluarga. Dia buat saya rasa sempurna. Goal saya setiap tahun adalah untuk menjadi penyanyi yang disegani, so that one day saya boleh sediakan keperluan abang saya. Dialah sumber keyakinan dan kesempurnaan saya," tambahnya.

View this post on Instagram

A post shared by ᴠᴀɴᴇssᴀ ʀᴇʏɴᴀᴜʟᴅ | Vocalist (@vanessareynauld)



Sementara itu, Vanessa turut berkongsi perasaan gembiranya apabila wajahnya muncul sebagai penghias skrin gergasi di New York Times Square baru-baru ini.

"Saya tengah rasa di awang-awangan sekarang dan super excited that i have been featured in New York Times Square, sempena kempen Equal-Spotify today! Rasa macam nak pengsan! It’s New York gais!

"Something big is coming so stay tuned ok! Something that I would like to dedicate to my bro Christopher.

"Apapun, jangan pernah putus asa dan mesti percaya diri," katanya yang bakal muncul dengan single berjudul Buatku Sempurna pada 28 Januari ini.

Single yang diterbitkan oleh Adib Hussin ini dicipta oleh Faizal Tahir bersama Mage dan ia merupakan dedikasi khas Vanessa untuk abangnya, Christopher.

View this post on Instagram

A post shared by ᴠᴀɴᴇssᴀ ʀᴇʏɴᴀᴜʟᴅ | Vocalist (@vanessareynauld)