Usahawan kontroversi Datuk Seri Aliff Syukri mempertikaikan tindakan stesen radio dan TV yang tidak mahu memutarkan lagu raya terbaharunya yang berjudul Chu Ku Chuk Raya.

Aliff turut merayu agar lagunya dapat diputarkan memandangkan dia sudah penat menyanyi selain mengakui suaranya juga merdu.

“Tolong ya radio dan stesen TV, cepat pasang aku punya lagu. Aku dah penat menyanyi ini… suara pun sedap tapi kenapa radio dan TV tak pasang lagu aku?

“Tolong la aku merayu,” kata Aliff menerusi video yang dimuat naikkan di laman Instagram miliknya.

Selain itu, Aliff juga berharap semua TV dan radio memberi peluang kepadanya sebagai penyanyi dengan mewajibka lagunya itu diputarkan atau diperdengarkan.

“Saya nak mewajibkan semua TV dan radio memutarkan lagu raya #chukhucuraya. Apa kurang saya sebagai penyanyi. Tolong kena adil kat semua penyanyi.

“Lagu saya dah trending di Youtube, jadi apa yang ingin dinafikan saya artis nombor satu. Nak tengok full lagu saya pergi saja Youtube,” katanya lagi.

Pada 30 Mac, teaser lagu raya tersebut dilancarkan dan Aliff dikecam netizen yang mendakwa dia tidak menghormati budaya Melayu dan bulan Ramadan.

Selepas daripada itu, laporan polis telah dibuat oleh pihak Persatuan Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (Irama) berkaitan lagu tersebut.

Bagaimanapun Aliff berkata ketika itu dia sedang sibuk menyambut kelahiran cahaya mata keenam pada Isnin lepas dan menyerahkan isu tersebut kepada peguamnya.

A post shared by Aliff syukri kamarzaman (@aliffsyukriterlajaklaris)