Nama pempengaruh media sosial, Syahmi Sazli sekali lagi mendapat perhatian wargamaya selepas tindakannya menghulur bantuan kepada mangsa banjir di daerah Kubang Kerian, Kelantan baru-baru ini.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di laman TikTok, Syahmi dilihat bersama pasukan yang ditubuhkan turun ke lokasi yang terjejas akibat bencana alam tersebut.

“Syukur Alhamdulillah proses bantuan dapat disampaikan dan segalanya berjalan dengan lancar,” tulis Syahmi ringkas pada kapsyen.

@kisahsisyahmi Syukur Alhamdulillah..Semua nya berjalan dengan lancar. #syahmisazli #anissafaizul #banjir2022 #prayforpantaitimur ♬ original sound - __Sampah Kompleks - SAMPAH KOMPLEKS

Pada perkongsian sama, turut dilihat antara bantuan yang dihulurkan termasuk barangan asas seperti makanan, minuman, bantal, pakaian dan lain-lain lagi.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya memuji sikap baik pengarah filem Mael Totey tersebut.

Malah tidak kurang juga yang mengganggap Syahmi ialah seorang hero selain mendoakan rezekinya terus diperluas untuk terus membantu orang ramai.

Untuk info, Kubang Kerian antara daerah yang terjejas akibat bencana banjir susulan hujan lebat yang berterusan sejak minggu lalu.

Bagaimanapun ini bukan kali pertama apabila pada Februari lalu daerah tersebut turut menghadapi bencana yang sama.

Undi Syahmi dalam kategori Content Creator Digital Tergempak 2022, bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.