Laman Utama
[VIDEO] “Astaghfirullah, Apa Ni?” - Netizen Berbulu Mata Tengok Penampilan Eyka Farhana Nampak Perut & Pusat
Nama pelakon Eyka Farhana sekali lagi menjadi bualan ‘panas’ wargamaya selepas dramatis itu berkongsi satu video berpakaian seksi di laman TikTok baru-baru ini.
Menerusi hantaran yang dikongsi Eyka atau nama sebenar Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 27, memperlihatkan dia sedang memperagakan pakaian jenama terkemuka, Calvin Klien sambil menulis ‘keselesaan adalah keyakinan saya’ pada kapsyen.
Bagaimanapun, pakaian yang digayakan Eyka itu agak keterlaluan dan kelihatan begitu seksi sehingga menampakkan bahagian perut dan pusatnya.
Malah, aksi posing yang dipamerkan Eyka di dalam video tersebut juga seakan tidak begitu manis untuk diperlihatkan kepada umum.
Sementara itu, ruangan balas telah dihujani komen wargamaya yang meluahkan rasa kecewa mereka.
“Astaghfirullah! Apa ni? Mana ada orang Islam berpakaian macam ni. Aduh! Makin dekat nak kiamat, makin jahil.
“Malu hilang mana dik, kesian malu dah tiada. Cari rasa malu itu semula dik.
“Dulu dia tidak lah seksi maca mini, sekarang makin seksi.
“Allah, Eyka yang aku kenali dulu sudah menjadi sebegini, semoga mendapat rakyat hidayah,” antara luahan wargamaya.
Namun ada juga segelintir wargamaya yang memuji penampilan Eyka yang dikatakn stylo di dalam video tersebut.
"Cantik ya kamu, terbaik.
"Untunglah dia kurus, she boleh pakai calvins eh.
"Gurllll you very stylo," antara komen pujian yang ditinggalkan.
Bagaimanapun, ketika Gempak membuat tinjauan ke akaun Eyka, dia sudah menyekat ruangan komennya biarpun sudah ditonton lebih 600,000 pengguna laman itu.
@misseykaf My comfort of confidence ? @Calvin Klein #mycalvins ♬ original sound - Eykafarhana
Terdahulu, Eyka berkata kepada Gempak, dia selesa menjadi dirinya sendiri biarpun dikatakan oleh segelintir netizen imejnya semakin seksi.
Jelas kekasih kepada pemain bola pasukan Johor Darul Ta’zim, Akhyar Rashid, dia masih tahu untuk menjaga batas penampilan yang dirasakan tidak keterlaluan.
Must-Watch Video