Vokalis kumpulan Floor 88, Ayie Elham, selamat menimang cahaya mata perempuan sulung petang tadi.

Perkara gembira itu dikongsikan sendiri oleh Ayie menerusi satu hantaran terbaru di Instagramya.

"Assalamualaikum semua, isteri saya baru sahaja selesai bersalin, alhamdulilah berkat doa dari keluarga dan rakan-rakan semua.

"Setakat ini itu sahaja yang boleh saya kongsikan, apa-apa saya akan update,” katanya ringkas.

Sementara itu, ruangan komen dihujani oleh ucapan tahniah dan selamat dari dari rakan selebriti dan wargamaya lain.

@azzam_sham : “Congrats brother”.

@Sarahsuhairi : “Alhamdulillah tahniah”.

@EyraHazali : “Alhamdulillah, tahniah Ayie dan Tasha”.

@Tomokofficial : “Alhamdulillah”.

Sekadar info, Ayie dan Tasha telah selamat diijab kabulkan dengan sekali lafaz pada Oktober tahun lalu selepas 10 bulan mengikat pertalian pertunangan.

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Ahmad Nawawi Mad Nasir pada majlis yang bertempat di Masjid Ukay Perdana, Ampang, Selangor.

A post shared by Tuan Nicky (@ayieelhamf88)