Laman Utama

[VIDEO] Azhar Idrus Minta Rakyat ‘Akur’ Dengan Pelantikan Anwar Ibrahim; “Kemenangan Bukan Bermakna Kebenaran”

gempak
Shahrin Zulkifle
29/12/2022
05:00 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] Azhar Idrus Minta Rakyat ‘Akur’ Dengan Pelantikan Anwar Ibrahim; “Kemenangan Bukan Bermakna Kebenaran”

Pendakwah popular Ustaz Azhar Idrus (UAI) menjelaskan setiap rakyat Malaysia perlu akur dengan keputusan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baharu.

Bagaimanapun kata Azhar Idrus, akur dengan keputusan tersebut tidak bermakna ia benar. Ini kerana setiap manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan.

Malah jelasnya sesuatu kemenangan yang diperoleh tiada kaitan dengan sesuatu perkara yang menuntut kebenaran.

“Anwar Ibrahim telah dilantik menjadi Perdana Menteri (PM), semua rakyat kena akur. Akur bahawa dia sememangnya sebagai seorang PM. Bila kita akur bukan bermakna semua yang kita akur itu benar.

“Sebagai contoh, siapa pun saja dilantik menjadi imam sembahyang, sekalipun kalau dia bermasalah itu adalah masalah dia. Cuma qariah (jemaah) wajib menerima keputusan ramai walaupun imam itu ada hutang RM20,000 dengan ayah kita yang masih tak bayar.

“Itu adalah perkara yang kita tak boleh lari. Jadi siapa yang benar tetap benar, siapa yang salah tetap salah. Cuma konsep perjuangan kita berbeza, dalam dunia ini siapa yang taat pada Allah dan Rasul dialah golongan yang menang sebagai menang yang sungguh.

“Jika kita berjaya menjawat sesuatu jawatan dengan keputusan undi disebabkan kemenangan, perlu ingat kemenangan bukan bermakna kebenaran” katanya.

Azhar Idrus berkata demikian menerusi sebuah video yang dimuat naik seorang pengguna di laman TikTok.

@ftrimirul " Kemenangan yg sesungguhnya adalah bila pemimpin mengikut hukum Allah " ☝?? #ustazazharidrus #perdanamenterike10 #pandangan #hukum #fyp #fypシ #xyzbca ♬ Emotional Islamic Music (2021) - Arslan Chaudhry

Dalam pada itu, Azhar Idrus berkata siapa pun yang memegang jawatan sebagai Perdana Menteri haruslah melaksanakan tiga perkara penting yang disarankan dalam agama Islam.

“Daripada segi penerimaan kita kena akur siapa pun Perdana Menteri. Namun siapa yang menggalas tugas sebagai Perdana Menteri dalam sebuah negara Islam, kena buat tiga perkara.

“Yang pertama kena ajak umat manusia beriman kepada Allah. Kedua suruh orang buat makruh (kebaikan) dan ketiga wajib melarang kemungkaran. Kalau tiada tiga ini, boleh balik awal (turun jawatan),” jelasnya.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024