Kehadiran pelakon Puteri Sarah Liyana bersama bekas mentuanya iaitu pengarah Datuk Yusof Haslam serta isteri, Datin Patimah Ismail di Anugerah Bintang Paling Popular (ABPBH) malam tadi menarik perhatian ramai.

Menerusi video yang dikongsikan Patimah di laman Instagram miliknya, mereka bertiga hadir dan melalui karpet merah bersama-sama.

Biarpun tidak menulis sebarang kapsyen, namun rata-rata netizen di ruang komen meluahkan rasa gembira melihat hubungan mesra Sarah dengan bekas mentuannya.

Bukan itu sahaja, ada juga segelintir netizen yang ‘memetik’ nama isteri kepada pengarah Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar.

“Ya Allah… beruntungnya Puteri Sarah. Terharu saya melihat Datin dan Datuk… seperti anak kandung Puteri Sarah.

“Ya Allah Datin, saye menangis tengok Datuk dengan Datin pegang Puteri Sarah… Ya Allah jagalah mereka.

“Ira kazar! Tengok ni sweet kan diorang. Mentua paling baik ni.

“Panaslah menantu sebenar,” komen beberapa netizen.

Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 14 Jun lalu.

Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Akmalluddin Ilyas selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Puteri Sarah mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4.

ARTIKEL BERKAITAN: "Luka Di Hati Masih Berdarah" - Datin Patimah

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Doa Jodoh Cepat, Puteri Sarah Terbuka Andai Bakal Suami Masih Orang Industri Seni - “Kalau Saya Cakap Tidak, Nanti…”

A post shared by Patimah Ismail (@patimah8057)