,
Laman Utama

[VIDEO] "Berdebar Tu Hanya Tuhan Yang Tahu" - Sweet Qismina

Amri Hassan
24/07/2022
11:52 MYT
Siapa yang tidak kenal dengan pelakon cantik dan popular tanah air Sweet Qismina.
Terbaharu, Sweet hadir dengan single debutnya berjudul ‘Namo’ yang bakal mewarnai persada muzik Malaysia, hasil ciptaan barisan komposer ternama negara seperti Mas Dewangga, Jova Devito dan Aden King.
"Berdebarnya rasa hendak perkenalkan single sulung saya ini, kerana ini merupakan percaturan pertama saya dalam bidang muzik, mungkin dahulu saya pernah muncul sebagai penyanyi undangan, kini sayalah aksi utamanya," kata Sweet memulai bicara.
Pemilik nama penuh Farhanna Qismina Supandi, 24 tahun yang memulakan karier dalam industri hiburan tempatan seawal 9 tahun sudah melalui bermacam-macam fasa dalam perjalanan seninya, kini, fasa seterusnya sebagai penyanyi profesional bakal bermula.
"Tidak ubah seperti sebuah pengembaraan yang menyeronokkan, saya bermula dari kecil sehingga sekarang dengan mencuba pelbagai cabang seni.
"Dilamar pihak Warner pun seakan mimpi, seperti tidak dijangka, namun saya anggap ini sebagai fasa baharu dan tidak sabar untuk memulakan pengembaraan ini!" katanya.

4 tahun Sweet cari lagu

Dengan jadual lakonan yang padat, graduan Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Komunikasi Massa (Perhubungan Awam) di Universiti dan Kolej SEGi, Selangor, masih memperuntukkan masa untuk menceburi bidang nyanyian.
"Sebenarnya impian untuk mempunyai single sendiri tercetus kira-kira 4 tahun yang lalu, ketika itu saya belum temukan sebuah karya yang betul-betul kena dengan jiwa saya.
"Setelah berbincang dengan abang Raqeem Brian yang merupakan Pengarah A&R dan Pemasaran Domestik Warner, baharulah saya temui lagu saya.
"Perancangan mengeluarkan single ini telah pun bermula pada bulan November tahun lepas sehingga proses rakamannya pada Julai tahun ini.
"Segala-segalanya adalah baharu buat saya, sewaktu proses rakaman dijalankan, setiap detik sangat meninggalkan kenangan manis yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.
"Perasaan berdebar itu hanya Tuhan sahaja yang tahu! Alhamdulillah, kesemuanya berjalan dengan lancar dan lagu tersebut dapat dihasilkan dengan sempurnanya," jelas Sweet dalam nada ceria.

Apa maksud lagu Namo?

Menurut Sweet, Namo membawa maksud tidak mahu atau tiada lagi, yang bererti jangan terus hidup dengan kenangan lalu serta berani menolak kepada perkara yang akan membuatkan hidup bertambah resah dan tidak tenteram.
"Namo menggambarkan tentang seseorang yang berani menyuarakan perasaannya dan tidak takut untuk berkata ‘tidak’ pada sesiapa atau mana-mana situasi, sama ada dalam perhubungan atau kehidupan yang toksik, lantas keluar dari zon selesa.
"Bidang lakonan sememangnya sebati dengan jiwa saya kerana ia merupakan cinta pertama saya. Tapi melalui nyanyian, saya temui kepuasan yang baharu dan tidak sabar rasanya untuk memulakan fasa baharu ini," tambah Sweet.

Sisi berbeza Sweet dalam Namo

Single Namo yang jatuh dalam genre pop rancak ini jelas mempunyai keistimewaannya tersendiri, rangkap pertamanya sahaja sudah cukup menggamit halwa telinga pendengar dan apabila bahagian korusnya masuk, melodi ala K-pop nyata kedengaran sesuai dengan imej segar yang dibawakan Sweet.
"Dalam MV (video muzik) Namo nanti, penonton bakal melihat sisi yang lain tidak pernah saya bawakan sebelum ini. Saya cuba tampilkan sesuatu yang berbeza dan lari dari perkataan ‘Sweet’ itu sendiri. Jadi, peminat muzik di luar sana wajib menonton MV saya nanti.
"Saya tidak mengharap banyak, cukup dengan tanda sokongan positif dari peminat kerana saya sendiri masih lagi merangkak dalam bidang nyanyian.
"Akan tetapi saya sangat teruja dan gembira untuk menerokai ruangan ini dan semoga peminat yang mendengar single Namo akan terhibur dan teruskan menyokong saya sampai bila-bila," ujar Sweet mengakhiri bicara.
Lagu ‘Namo’ boleh dimuat turun di iTunes dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.
Manakala MV pula boleh ditonton di saluran YouTube Warner Music Malaysia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Hiburan

Dayang Nurfaizah Sebak Dengarkan Lagu 'Mencintai Cinta' Nukilan Allahyarham Rudy Imran - "Rakam Dulu Takut Nanti Tak Sempat"

gempak
21/11/2024
21:55 MYT
Sesi pra-dengar album terbaharu 'Janji' Dayang Nurfaizah bertukar pilu apabila lagu berjudul 'Mencintai Cinta' hasil nurkilan Allahyarham Rudy Imran diputarkan kepada rakan media.
Unitar