Isu mahkamah yang melibatkan tindakan saman oleh penyanyi Siti Nordiana terhadap penyanyi Lan Solo dan isterinya, Nur Sheila, penyanyi Syura Badron, Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music Sam Samin serta jurusolek Razidah Ahmad Senusi kembali diperkatakan netizen apabila bintang All Stars Gegar Vaganza itu mengambil keputusan untuk memaafkan kelima-lima individu tersebut.

BERITA TRENDING: Lan Solo, Isteri & Syura Badron Buat Sidang Media Walau Kes Dah Selesai, Ini Penjelasan Peguam!

Ramai dalam kalangan peminat melihat keputusan memaafkan lima sekawan itu sebagai tindakan yang murni, memandangkan ia dilakukan atas dasar hubungan persahabatan yang pernah terjalin antara mereka suatu ketika dahulu.

Namun, tindakan Lan memuat naik sepotong video sedang ketawa sakan bersama isterinya dan Syura telah mencuit netizen untuk memberikan pendapat.

A post shared by LAN SOLO • KRISTALx (@lansolo_official)


Ada yang mengakui telah hilang rasa hormat terhadap, dan ada juga yang melabel mereka sebagai artis sendu.





Namun, tinjauan Gempak mendapati, Lan sudah pun menutup ruangan komen bagi video dan sekeping gambar yang turut memperlihatkan mereka sedang tertawa.



Dalam pada itu, sungguhpun kes saman sudah selesai, satu sidang media tetap dijalankan oleh Lan dan isterinya serta Syura.

BERITA TRENDING: Siti Nordiana & 5 Sekawan Bermaafan, Setuju Selesai Kes Saman RM2.5 Juta

Terdahulu, Siti Nordiana memfailkan saman ke atas lima individu termasuk dua rakan seperjuangannya iaitu Lan Solo dan Syura atas dakwaan memfitnahnya di platform media sosial Instagram.