Kemunculan penyanyi terkenal Indonesia, Mulan Jameela di Konsert Faztival Fazura yang berlangsung di Axiata Arena pada Ahad mencuri tumpuan penonton.

Tampil sopan dengan busana merah dan tudung menutupi bahagian dada, ternyata ramai terkesima melihat kecantikan Mulan dengan imej terbaharunya secara langsung di depan mata.

Biarpun penampilannya sudah berubah namun tidak menghalang Mulan untuk memberikan persembahan terbaik buat peminat yang hadir.

@hahsanir #mulanjameela #makhluktuhanpalingsexseeeh #fyp #cantik #kerenbanget ♬ original sound - Hahs Anir

Lantunan vokal Mulan sewaktu menyampaikan lagu popularnya berjudul Makhluk Tuhan Paling Seksi masih lagi luar biasa dan padu.

Stamina Mulan sepanjang melakukan persembahan juga cukup bertenaga walaupun usianya sudah mencecah 43 tahun.

Meninjau di ruangan komen setiap video di muat naik di aplikasi TikTok yang merakamkan persembahan Mulan, rata-rata netizen menyatakan rasa kagum dengan wanita cantik itu.

Selain gembira dengan perubahannya, mereka juga mendoakan agar Mulan terus kekal istiqamah dalam berhijab.

Terdahulu, Mulan sebelum ini mengambil keputusan untuk berhijab penuh selepas pulang dari Palestin pada tahun 2019.

Jika sebelum ini terkenal dengan penampilan seksi, Mulan kini berubah ke arah yang lebih baik sebagai wanita muslimah.

Sekadar info, Mulan merupakan bekas anggota kumpulan Ratu yang terkenal dengan lagu Teman Tapi Mesra.