Aksi mesra pempengaruh Aisar Khaled dan pelakon Fify Azmi tular di media sosial sejak petang Selasa.

Dalam tangkap layar skrin yang diambil dari video yang dimuat naik Fify di TikTok, Aisar yang berbaju putih menarikan semula parodi lagu Gadis dan Bunga bersama pelakon wanita itu.

Antara aksi video berkenaan apabila Aisar memeluk Fify sebanyak dua kali.

Tindakan kedua-dua mereka itu kurang disenangi oleh warganet sekali gus mengundang kecaman ramai.

Ada yang mengungkit semula tindakan Aisar yang pernah tular dengan kisah-kisah berunsur keagamaan termasuk solat di tepi stesen minyak dan mengIslamkan seorang individu lelaki.

BACA: "Dah Kenapa Solat Atas Jalan, Dalam Stesen Kan ..." - Video Aisar Khaled Solat Cetus Persoalan Netizen

BACA: Islamkan Seorang Individu, Tindakan Aisar Khaled Undang Pelbagai Reaksi Netizen - "Bukan Tak Boleh, Cara Tu Tak Betul ..."


"Ini yang solat atas jalan tepi stesen minyak tu kan? Yang hari tu ajar brader baca Syahadah kan? Takut silap orang," tulis seorang pengguna menyindir tindakan Aisar.

"Tak perlu rasanya peluk begitu. Maksud saya tiba-tiba je? Malah lagu itu pun tak perlu nak peluk-peluk. Kenapa?" tambah individu lain.



"Ajak orang lain peluk Islam, tapi dia peluk perempuan," sahut individu lain.

Namun, ada juga yang tampil menempelak tindakan netizen yang terlalu agresif mengecam Aisar.

"Sekurang-kurangnya dia ajak juga orang masuk Islam. Kalau dia buat dosa itu antara dia dengan Tuhan. Semua orang tak sempurna," komen seorang pelayar Twitter.



Bagaimanapun, video terbabit telah dipadamkan dari akaun TikTok Fify namun dikongsikan semula di Twitter menerusi beberapa akaun warganet.