Laman Utama
"Dah Kenapa Solat Atas Jalan, Dalam Stesen Kan..." - Video Aisar Khaled Solat Cetus Persoalan Netizen
Sekali lagi nama pelakon dan personaliti media sosial, Aisar Khaled menjadi bualan netizen.
Ia adalah ekoran Aisar memuat naik video menunjukkan dirinya mendirikan solat di pelbagai tempat termasuk gymnasium, kawasan bengkel dan di hadapan sebuah stesen minyak.
"Tidak kira sibuk kerja dan berada di mana, solat jangan tinggal," tulisnya sebagai kapsyen.
Perkongsian di Instagram itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, ada yang mentafsir video tersebut secara jelas bahawa solat boleh didirikan di mana-mana sahaja asalkan bersih.
Namun ada juga yang seakan tertanya-tanya kerana kebiasaannya surau disediakan dalam sesebuah stesen minyak di negara kita.
"Dah kenapa solat atas jalan depan Shell, punya la dalam Shell ada surau," tulis seorang netizen.
"Dekat Shell takda surau ke?" tulis yang lain.
"Alhamdulillah, tapi nak kabo Shell kan ada surau," tulis seorang lagi pengguna Instagram.
"Maksudnya solat boleh didirikan di mana sahaja, teruskan usaha baik itu Aisar," tulis warganet lain.
Setakat artikel ini ditulis, video tersebut mendapat lebih 14,000 tanda suka diikuti sekitar 680 komen.
Terdahulu, Aisar pernah tular dan memohon maaf secara terbuka ekoran kontroversi pembaziran gel penyejuk badan yang dijadikan 'Babi Air'.
Selain itu, Aisar juga pernah dikecam netizen apabila menziarahi pusara penyanyi Siti Sarah yang dikatakan tidak sensitif dan bertujuan mengaut keuntungan.
Must-Watch Video