Laman Utama

[VIDEO]: “Bukan Susah Pun Tong Sampah Depan Mata, Selfish!” - Cef Wan Geram Sikap Pemalas Orang Awam Selamba Tinggal Sampah Atas Kerusi

gempak
Mya Amri
27/10/2022
00:30 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO]: “Bukan Susah Pun Tong Sampah Depan Mata, Selfish!” - Cef Wan Geram Sikap Pemalas Orang Awam Selamba Tinggal Sampah Atas Kerusi
Cef selebriti terkenal, Cef Wan meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir orang awam yang tidak peka terhadap kebersihan.
Menurut Cef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail berkata sikap malas dan tindakan memilih jalan singkat dengan hanya membiarkan sampah di atas kerusi merupakan perbuatan yang tidak bertanggungjawab.
“Sangat menyedihkan apabila melihat rakyat Malaysia hanya membiarkan sampah mereka dan berharap orang lain yang membersihkannya.
“Boleh sahaja tinggalkan sampah sarap macam ni? Nampak semua ini berlaku depan mata. Itu pun ramai yang tak ambil kisah.
“Sebagai rakyat Malaysia kita sepatutnya ada kesedaran sivik terutamanya apabila berada di tempat awam. Kita jaga kita sudah lah tak susah pun.
“Tong sampah itu depan mata, pentingkan diri sendiri dan tidak bertimbang rasa terhadap orang lain.
“Bila keluar cerita-cerita macam ini memang ada yang terasa dan marah. Kita pula dia kata mulut puaka nak tunjuk baiklah kononnya,” luahnya.
Malah tambah Cef Wan lagi, sebagai seorang yang sentiasa mempromosikan pelacongan di Malaysia, dia juga tidak boleh membiarkan perkara itu.
“Padahal kita ini pusing satu dunia promosi pelancongan dan makanan serta budaya negara ini. Tak akan kita boleh tutup sebelah mata macam tak nampak apa yang berlaku.
“Yang pasti kita tak buat macam ni di rumah sendiri mahu pun suka anak-anak sepah-sepahkan sampah sarap di ruang tamu rumah kita.
“Jika anda tak lakukan perkara itu di rumah jadi kenapa harus lakukannya di tempat awam?
“Saya sendiri tidak boleh faham dengan perbuatan tidak bertanggungjawab ini,” jelasnya.
Dalam pada itu, rata-rata pengikutnya juga bersetuju dengan teguran Cef Wan itu.
“Betul Datuk. Sesetengah tu nampak luaran bukan main sopan bertutup. Tapi pengotor buang sampah merata. Lagi teruk kalau kita tegur dia punya sentap macam kita pula buat salah,” tulis seorang netizen.
“Sedihnya orang macam ni, tak faham apa yang susah sangat nak ambil sampah dan buang dalam tong?” luah seorang lagi netizen.
“Saya kerja sebagai cleaner, boleh nampak macam-macam perangai orang. Cara mereka tinggalkan sampah. Lagi teruk air manis tumpah depan mata. Cleaner tengah mop pun masih boleh dipijak-pijak air tu,” kongsi seorang netizen lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024