Pelakon kacak Meerqeen mencuri perhatian wargamaya apabila tular sebuah rakaman video menunjukkan dia mencium dahi seorang hos program TV di Indonesia, Kiky Saputri.

Menerusi laman sosial Instagram, Kiky memuat naik video mencium Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam, 21, untuk tatapan umum.

“Gapapa ga cantik, yang penting kamu sayang sama aku @meerqeen,” tulis Kiky di ruangan kapsyen.

Dalam video berdurasi kurang 20 saat itu menunjukkan aktor drama bersiri Melor Untuk Firdaus itu merangkul kepala Kiky lalu mencium dahinya sambil dibalas dengan kucupan di pipi oleh pelawak tersebut.

A post shared by Kiky Saputri (@kikysaputrii)


Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya meluahkan kegusaran mereka jika Meerqeen bakal dikecam kerana aksi ciuman tersebut.

Tidak kurang juga ada yang turut memberi peringatan kepada Kiky supaya bersedia untuk berhadapan dengan kecaman dan kritikan peminat dari Malaysia.

“Mbak Kiky, jangan viralkan nanti Meerqeen dikecam,” komen seorang wargamaya.

“Siap-siap dihentam dan jadi bualan hangat di Malaysia. Takut Meerqeen yang kena tempias. Hate komen dimana-mana,” luah seorang wargamaya.

“Apa ni Meerqeen! Behave sikit boleh tak?” tegur seorang wargamaya.

“Maaf, jangan dipost video macam ni. Macam mana stigma jelek tentang Meerqeen di Malaysia nanti. Takut dihentam habis-habisan,” komen seorang wargamaya.

“Delete please!” tulis seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, Gempak masih gagal mendapatkan kenyataan daripada Meerqeen. Begitupun, pihak pengurusannya meminta untuk menunggu Meerqeen sendiri memberikan respon.

Perkongsian tersebut telah menerima hampir 400,000 tontonan daripada warga Instagram.

Awal minggu lalu, Meerqeen tiba di Jakarta, Indonesia bersama rakan pelakon Anna Jobling bagi memghadiri beberapa promosi drama.

Sekadar info, ciuman di pipi semenangnya menjadi ‘signature’ Kiky dan antara selebriti yang pernah mengucup pipinya adalah Ariel Noah, Reza Rahadian, Iqbaal Ramadhan, Afgan dan ramai lagi.