Skip to main content

Trend Pasaran

[VIDEO] Dari Belakang Rumah, Peminat Tak Sabar Tunggu SugarBomb Masuk Indonesia - "Ada Rencana Buka Cabang Di ..."

sekadar-gambar-hiasan-(27).png

Jenama wangian terkenal SugarBomb mencuri perhatian di negara jiran Indonesia apabila pengasasnya, Ahmad Azhari Rosli seakan-akan memberi bayangan akan melebarkan sayap ke negara republik itu.

Ahmad Azhari atau lebih dikenali sebagai Boss A turut memberikan bayangan jenama yang diuasahakannya itu bakal membuka cawangan pertama di Surabaya tidak lama lagi.

Memetik keterangan video dimuat naik di laman sosialnya, Boss A menzahirkan ucapan terima kasih kepada pemilik syarikat pelbagai cabang perniagaan di Indonesia iaitu J99 Corp, Gilang Widya Pramana atau lebih dikenali dengan nama Juragan.

"Terima kasih team J99Corp dan Mas Juragan kerana menerima kunjungan kami ke kilang mereka. 

"Doakan kerjasama dua negara antara Malaysia dan Indonesia ini terjalin dan berjaya. Amin," tulisnya di IG dan TikTok.
 

Must-Watch Video

Advertisement