Laman Utama

[VIDEO] Datuk Meninggal Dunia, Yazmin Aziz Kongsi Ucapan Terakhir Arwah - “I want My Family To Be…”

gempak
Asyikin Mayudin
21/06/2023
13:30 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] Datuk Meninggal Dunia, Yazmin Aziz Kongsi Ucapan Terakhir Arwah - “I want My Family To Be…”
Penyanyi dan pempengaruh media sosial Yazmin Aziz berkongsi berita duka mengenai datuknya iaitu Abdul Salam Raja MD sudah meninggal dunia pada Selasa.
Yazmin menerusi perkongsian video di laman Instagram miliknya memohon agar semua peminat sedekahkan doa untuk Allahyarham datuknya.
“Tolong sedekahkan Al-fatihah untuk arwah datuk saya,” tulisnya secara ringkas.
Bagaimanapun Yazmin tidak berkongsi maklumat atau informasi mengenai pemergiaan datuknya yang juga bapa kepada ibunya itu.
Rata-rata netizen melahirkan ucapan takziah selain mendoakan agar roh arwah ditempatkan bersama orang beriman dan Yazmin sekeluarga terus tabah.
Menerusi perkongsian video itu, Yazmin yang memakai jubah dan tudung serba hitam mengalir air mata ketika menghadiri perkebumian arwah datuknya.
Yazmin turut memuat naik rakaman terakhir ucapan daripada datuknya sempena ulang tahun kelahiran yang hanya mahukan keluarga dalam keadaaan gembira.
“Allahu Akhbar, I want my family to be happy. That’s my wish,” katanya.
@yazminaziz
Tolong sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah datuk saya ??
♬ Salam
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live