Laman Utama

[VIDEO] “Dia Ada Buka Mata, Gerak-Gerak Tangan, Angguk Kepala Tapi…”- Ungku Ismail Kongsi Update Terkini Nad Zainal

Syafiqah Jalal
30/11/2022
02:22 MYT
Pelakon Ungku Ismail berkongsi perkembangan terkini Nad Zainal yang masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) KPJ Ampang Puteri sejak minggu lalu.
Menerusi hantaran video di Instagram, Ungku Ismail memaklumkan Nad menunjukkan perkembangan positif sejak tiga hari lalu dan sudah mula sedarkan diri.
“Setiap hari ada perkembangan yang kecil. Tapi dalam masa yang sama ada keadaan agak membimbangkan juga apabila tiba-tiba oksigen serta darah tingginya naik turun
“Bagaimana pun Alhamdulillah ada progress..Dalam 3 hari lalu doktor dah kurangkan dos ubat tidurnya. Jadi dia ada buka mata serta gerak-gerakkan tangan..bila kita bercakap dengan dia hanya boleh menganggukkan kepala.
“Pada mulanya dia sedar itu dia agak panik apabila melihat keadaan di hospital tapi, kami cuba tenangkan dia. Dia sedar sekejap sahaja,” katanya.
Meskipun menunjukkan perkembangan positif setiap hari, Nad masih memerlukan pemantauan rapi di ICU.
“Nad masih dalam ICU, maka dia masih dalam keadaan kritikal. Tak boleh nak gembira sangat kerana masih menunggu untuk paru-parunya betul-betul sembuh kerana kini mesin pernafasan masih belum cabut wapaun kadarnya sudah dikurangkan.
“Selagi mesin pernafasan belum cabut saya masih tak keruan begitu juga keluarganya tak keruan melihat anak tunggalnya,” ujarnya.
Itu merupakan perkongsian pertama Ungku Ismail selepas didakwa 'merajuk' dan berkecil hati dengan netizen.
“Saya tak merajuk, cuma saya terkilan apabila maklumat yang cuba saya sampaikan telah terpesong…Bila saya suruh doa tapi orang doakan hubungan saya pula.
“Saya ingatkan orang fokus mengenai keadaan Nad. Tapi video ini saya tujukan kepada ramai, boleh kata beribu yang DM meminta saya update perkembangan terbaharu Nad,” jelasnya.
Justeru, Ungku Ismail tidak putus-putus meminta agar semua terus mendoakan kesihatan Nad agar segera sembuh.
Terdahulu, Nad atau nama penuhnya, Farah Nadia Zainal Abidin dilaporkan ditidurkan sejak minggu lalu susulan pendarahan pada bahagian paru-paru.
Ungku Ismail serta pengarah Sharulezah atau Budak Ijat antara dua rakannya yang sering memaklumkan perkembangan terkini Nad hampir setiap hari.
BACA: "Sesekali Ada Buka Mata..."- Paru-Paru Makin Baik Budak Ijat Syukur Perkembangan Nad Zainal BACA: Ungku Ismail Kecewa Niat Baik Kongsi Perkembangan Nad Zainal Disalah Erti BACA: "Yang Sulung Ada Bertanya Apa Terjadi Pada Ibunya"- Zainal Abidin BACA: Elvina Tak Percaya Naz Zainal Terlantar Penuh Wajar BACA: Bukan Berpunca Dari Ubat Kurus! Shaharulezad Dedah Buang Pinggang Nad Zainal Elok Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Puteri Sarah Diangkat Ikon Ibu Tunggal - "Dia Ajar & Beri Nasihat Bagaimana Menyayangi Anak-Anaknya"

gempak
10/07/2024
11:16 MYT
Dua pelakon Puteri Sarah Liyana dan Nad Zainal menerima Anugerah Khas dari syarikat MommyHana.
Viral

“Mak Dia Small Size, Anak Fuh Sedap!” - Dynas Mokhtar Kongsi Wajah Anak Nad Zainal & Ungku Ismail?

gempak
04/03/2024
00:55 MYT
Comel!
Laman Utama

#GempakWrapped2023: Kahwin Sorok, Kahwin Mengejut, Wedding Of The Year, Jom Recap!

gempak
28/12/2023
07:42 MYT
Ramai tiba-tiba kahwin tahun ni kan?
Laman Utama

Ungku Ismail, Nad Zainal Sambut Kelahiran Anak Lelaki

gempak
14/10/2023
01:47 MYT
Tahniah
Laman Utama

Sharifah Sakinah Kata Nad Zainal Tak Sombong - “Netizen Salah, Dia Primadona Yang Cantik”

gempak
12/09/2023
08:55 MYT
Kinah kata no! Netizen salah.