Penyanyi Baby Shima membidas netizen yang sering melemparkan kata-kata negatif terhadapnya dengan berkongsi jadual kerjaya nyanyian di Malaysia dan Indonesia.

Menerusi hantaran di TikTok, Baby Shima berkata yang dia perlu balik ke Malaysia kerana telah bersetuju untuk memenuhi undangan nyanyian daripada beberapa penganjur daripada beberapa negeri termasuk di Pulau Pinang.

“Eh awak orang Malaysia yang tak suka kita tu, kita kena balik Malaysia lah sebab kita ada show hari Sabtu ni. Dekat Mydin Bukit Mertajam dekat Penang. Orang panggil kita show.

“Kata tak diperlukan, tapi kita diperlukan. Bukan situ saja tau, lepastu nanti kita ada dekat Kuantan, Terengganu, Sabah, Sarawak dan macam-macam lagi wak.

“Lepastu dekat Indonesia sekarang pun ada awak. Kita kena pergi balik, pergi balik, pergi balik. Hmmm nampak sangat diperlukan,” katanya.

@babyshimaofficial jumpa sabtu ni mydin Bukit mertajam.. jam 12pm ? #fyp #babyshima ♬ original sound - Babyshima

Terdahulu, ramai dalam kalangan peminat Indonesia yang menyokong Baby Shima untuk terus tinggal di Indonesia, memandangkan kariernya sedang mekar di republik itu.

Ramai juga yang membela Baby Shima daripada cemuhan terutamanya yang datang daripada netizen tempatan.

Disebabkan isu berkenaan, ramai dalam kalangan netizen wargamaya lokal meminta agar Baby Shima untuk terus berpindah ke Indonesia.