Laman Utama
[VIDEO] Farid Enggan Komen Dakwaan Bilik Tak Sesuai Anak Masuk, Sedang Usaha Untuk Berdamai
Pelakon, Farid Kamil enggan mengulas lanjut mengenai pendedahan isterinya, Diana Danielle berkenaan bilik yang tidak sesuai didiami oleh anak keduanya iaitu Nur Aurora, 8.
Farid yang ditemui pemberita di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam hanya tersenyum dan mengulas ringkas mengenai perkara itu.
“Tak ada apa yang kita boleh jelaskan,” ujarnya.
Farid juga turut mengatakan perkara yang sama berkenaan dakwaan Diana yang mengatakan bapa kepada dua orang anak ini membiarkan Aurora tidur di atas lantai.
“Tak nak komenlah,” katanya ringkas sambil tersenyum.
Mengulas mengenai kes hari ini, Farid memaklumkan segalanya berjalan lancar dan sinar untuk pendamaian.
Malah Farid juga dengn wajah yang gembira menyatakan bakal bertemu Aurora tidak lama lagi.
Saksikan video penuh yang dikongsi oleh HLive di bawah:
Untuk info, Diana dan Farid hadir di Mahkamah Tinggi Syariah bagi sebutan kali pertama kes hadanah iaitu hak penjagaan dua anaknya.
Terdahulu, Farid dalam satu temu bual bersama sebuah program mendakwa Aurora masuk ke rumah jiran dan memetik cili daripada pokok tanpa izin.
Sebagai seorang bapa, Farid menyatakan dia menegur sikap anaknya dan bertindak mendenda Aurora yang membuatkan Diana tidak berpuas hati.
Disebabkan insiden itu, Aurora didakwa trauma dan tidak bersedia bertemu dengan Farid.
Untuk info, pada 20 Mac lalu Farid enggan melafazkan talak terhadap Diana dengan alasan masih sayangkan isterinya.
Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkahwinan itu pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8 tahun.
Must-Watch Video