Laman Utama
[VIDEO] Hafidz Roshdi Tenang Hadir Ke Mahkamah Untuk Pengesahan Lafaz Cerai - “Hari Ini Saya Macam…”
Pelakon Hafidz Roshdi Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam bagi prosiding pengesahan lafaz cerai kira kira pukul 9.45 pagi Selasa.
Hafidz yang ditemani bapa saudaranya ketika ditemui media melahirkan rasa syukur apabila dia dalam keadaan sihat namun berasa sedikit mengantuk.
“Alhamdulillah sihat. Selepas perbicaraan saya akan maklumkan yang seterusnya. Hari ini saya macam mengantuk… mengantuk sikit,” kata Hafidz menerusi video yang dikongsikan di Instagram Hlive.
Pada malam tadi, isteri Hafidz iaitu Nurul Shuhada berkongsi berita sedih apabila dia mengalami keguguran ketika usia kandungan 14 minggu.
Pada 27 Februari lalu, Nurul Shuhada dilaporkan memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.
Bagaimanapun, lafaz cerai yang sepatutnya berlaku pada 21 Mac lalu gagal dilaksanakan selepas mahkamah mendapati ada isu baharu berhubung isu lafaz cerai pasangan tersebut.
Terdahulu, Hafidz atau nama sebenarnya, Muhammad Hafidz Roshdi mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, jam 3.30 pagi pada 2 Mac lalu.
Berdasarkan pertuduhan, pelakon itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Nurul Shuhada, 29, dengan menumbuk menggunakan tangan sebanyak tiga kali sehingga isterinya mengalami luka, lebam dan bengkak di pipi kiri.
Imbas kembali, Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.
Dalam perkembangan sama, Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu memerintahkan untuk Hafidz dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikitiari.
Must-Watch Video