Pelakon Elfira Loy akui tidak sampai hati hendak melakukan sendiri kaedah mengeluarkan hingus bayi keduanya yang baru berusia lima bulan di rumah.

Justeru Elfira, 28, membawa puterinya Nur Aria Milayla ke hospital untuk mendapatkan rawatan sekaligus mempelajari cara yang betul jika anak hadapi selesema.

"Nak guna nasal spray ni susah sikit sebab hati tisu and takut takut . Sebab tu lah El (Elfira) bawa ke hospital untuk check dan juga minta ajarkan bagaimana nak guna.

"El pergi klinik semua macam " alah puan boleh tengok kat youtube , spray kanan kiri pastu dah " gituuu patutlah tak sihat sihat anak kita," katanya berseloroh.

Ibu kepada dua orang anak itu berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri berkenaan dia berkongsi video yanh sempat dirakam sewaktu anaknya menerima rawatan di sebuah hospital swasta.

Selain berkongsi cara-cara mengeluarkan hingus anak terutama bayi ketika sedang selesema, Elfira sempat berkongsi tip yang diamalkan di rumah jika anaknya tidak sihat.

"Musim-musim sakit ni , mungkin video ni boleh bantu parents yang perlukan guidance untuk menggunakan nasal spray ( dan ini juga adalah request dari parents to post sebab selama ni diorang salah guna )

"Actually kalau dah tahu guna tak payah pun pergi hospital , we can clear the mucus sendiri je kat rumah. Antara remedies yang El buat:

1. warm bath with lemon

2. I use sniffles

3. Use nasal spray or suction

4. use nasal saline drops ( only one week )," kongsinya.

Elfira mendirikan rumah tangga dengan Faris Khairol Anuar pada 1 Januari 2019. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua anak , Muhamad Rayyan Khalaf, 3, dan Nur Aria Mikayla.