Laman Utama

[VIDEO] Ira Kazar Kena Sindir Masa Beraya, Netizen Komen - “Kebas Mat Muka! Kalau Aku Tak Keluar Rumah Dah”

gempak
Mya Amri
27/04/2023
04:57 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] Ira Kazar Kena Sindir Masa Beraya, Netizen Komen - “Kebas Mat Muka! Kalau Aku Tak Keluar Rumah Dah”
Isteri kedua pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar menjadi perhatian netizen selepas videonya meraikan hari raya menjadi tular media sosial.
Video pendek yang dimuat naik di TikTok itu merakamkan Ira yang memakai baju kebaya dan berselendang hadir mengunjungi keluarga.
Ira yang sedang menunggu giliran untuk bersalaman dengan ahli keluarga kemudiannya dipanggil oleh seorang lelaki yang dipercayai bapa saudaranya sambil berkata “you jangan buat hal ya”.
Bagaimanapun pesanan itu disambut dengan gelak ketawa ahli keluarga lain.
@ceritaartismalaysia Replying to @Sridangga #irakazarraya #irakazar #irakaza #familykaza #syamsulyusof #poligami #fyp #foryou #foryoupage #abcxyz #xyzbca #def #trendin ♬ Sound Sedih Fyp - ASBUN
Namun menerusi ruangan komen, rata-rata netizen tertumpu pada raut wajah Ira yang dikatakan berubah selain hanya mendiamkan diri.
Selain itu, video tersebut juga mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata melabelkan kata-kata itu sebagai sindirian pedas apabila diungkapkan oleh ahli keluarga sendiri.
Antara komen yang diterima:
“Bapak la dengan sedara mara sendiri kena sindir macam tu, kebas mat muka,”
“Kalau aku jadi dia aku tak raya, tak jumpa sekua orang sebab sindir dalam keluarga ni lain macam terasa dia,”
“Sebenarnya Ira pun malu sebab kalau faham sebenarnya saudara dia tu sindir ya,”
Terdahulu, Syamsul membuat pengumuman mengejutkan di Instagram apabila mengakui sudah berkahwin dengan Ira pada 6 Januari lalu, di Thailand.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024