Laman Utama

[VIDEO] Isteri Shukri Yahaya Luah Rasa Cinta, Netizen Titip Pesanan Buat ‘Pemusnah’ Rumah Tangga - “Jangan Ada Penyondol Berani…”

gempak
Asyikin Mayudin
14/03/2023
07:45 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] Isteri Shukri Yahaya Luah Rasa Cinta, Netizen Titip Pesanan Buat ‘Pemusnah’ Rumah Tangga - “Jangan Ada Penyondol Berani…”
Isteri kepada pelakon Shukri Yahaya iaitu Tya Adnan meluahkan rasa cinta terhadap aktor itu yang dianggap sebagai seorang suami dan bapa yang hebat.
Tya menerusi perkongsian video di TikTok miliknya turut mengucapkan terima kasih kepada suaminya yang banyak berkorban untuk keluarga kecil mereka.
Sentiasa mendoakan Shukri dikurniakan kesihatan yang baik. , Tya berkata dia mengerti keadaan suaminya sudah terlalu penat.
“Ayah yang hebat… suami yang hebat. Terima kasih sayang. Semoga Allah membalas segalanya. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk you.
“Terima kasih atas segala penat lelah pengorbanan you untuk keluarga kecil ini… I tahu you penat sangat. Sayang you. I sentiasa doakan you,” luah Tya.
Rata-rata netizen memuji sikap Shukri yang sentiasa mengutamakan isteri dan anak-anaknya yang menjadikan aktor itu mempunyai ramai peminat.
“Sebab itu minat Shuk dalam lakonan dia. Tengoklah macam mana dia layan family dia macam mana. Dahlah professional dalam lakonan.
“Memang nampak penat… Hari itu shoot sama-sama kat Banting dengan dia, ingatkan kami yang extra saja kena sidai, dia pun sama. Semoga dia sentiasa sihat. Aamin.
“Jangan ada penyondol berani nak kacau! Aku suka tengok family bahagia ni. Semoga terus bahagia,” komen beberapa netizen.
Untuk rekod, Shukri mendirikan rumah tangga dengan Tya pada 20 November 2015 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aaira Ameena dan Maleeq Miqayl.
@tyaadnan Sayang u @Shukri Yahaya ❤️ I doakan you always….. #sorrytouchingsikit ♬ Hal Hebat - Umimma Khusna
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live