Video memperlihatkan pelakon senior Jaafar Onn melakukan trend Swipe challenge di laman TikTok mencuit hati wargamaya.

Menerusi muat naik terkini di laman sosial tersebut, Jaafar menjadi antara selebriti yang tidak melepaskan peluang untuk melakukan trend yang sedang tular ketika ini.

Pada perkongsian sama, pelakon yang terkenal dengan drama Cili Padi itu dilihat mengenakan pakaian bewarna putih dan topi jenis Panama hat serta lengkap berkaca mata hitam.

Bertambah lucu lagi, apabila gaya tangan Jaafar yang seakan sedang menulis typewriter turut mencuit hati netizen.

Sementara itu, video Jaafar turut dikongsikan semula oleh pelakon Sharifah Shahirah di laman Instagram miliknya.

“Ok ini aku saya suka, ini win, aku ada type, dia taip ye”, tulis Shahirah ringkas pada kapsyen.

@jaafar_onn kalau aku like aku like kalau tak aku swipe ?#SlowZoom #swipe #jaafaronn #jaafaronnswipe ♬ SWIPE - ALYPH

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat pelakon berusia 71 tahun itu, malah tidak kurang juga yang mengatakan Jaafar adalah juara sebenar kepada trend tersebut.

Terdahulu, pelantun asal lagu Swipe, Alyph mengajak orang ramai untuk turut sama menyertai trend Swipe challenge dan dia turut menawarkan hadiah jenis Iphone 14 kepada mana-mana individu yang akan dipilih sebagai pemenang kepada cabaran tersebut.

@alyphland Same number new phone ?❤️ #ALYPH #AKUSWIPE #AkuSwipeChallenge #SwipeTrend #DefJamMsia #DefJamSEA ♬ original sound - alyphland

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.