Laman Utama

[VIDEO] “Kadang-Kadang Sha Hilang Motivasi Untuk…” - Shila Amzah Tetap Semangat Demi Anak

Asyikin Mayudin
10/07/2023
12:50 MYT
Setiap orang pasti akan melalui fasa hilang perasaan semangat untuk bekerja, sama juga seperti penyanyi Shila Amzah yang mengakui ada kala dia juga berasa sedemikian.
Shila menerusi laman TikTok miliknya berkata dia kembali bersemangat disebabkan anak lelakinya iaitu Seth Uwais biarpun mental dan fizikalnya dalam keadan penat.
“Sebagai seorang manusia, kadang-kadang Sha hilang motivasi untuk kerja. Tapi sebagai seorang mak, anak la punca untuk kita terus bersemangat walau sepenat apa pun kita mental dan fizikal,” katanya.
Tunang kepada pempengaruh Ubai ini turut mendoakan agar semua ibu terus kuat demi anak-anak.
“Semoga semua ibu-ibu terus kuat okay!” ujarnya lagi.
Rata-rata netizen mendoakan segala urusan Shila dipermudahkan selain turut bersetuju dengan perkongsian tersebut.
“Yes betul Sha… anak adalah semangat kita terus ke depan… be strong.
“Semoga Allah permudahkan semua urusan Sha,” komen beberapa netizen.
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Persoal Busana Shila Amzah Yang Terlalu Kasual Ketika Menghadiri Majlis Kahwin Janna Nick
ARTIKEL BERKAITAN: Isu Kewangan, Ubai Akui Mampu Sara Shila Amzah – “Kalau Tak Ada Duit, Tak Tunang”
Untuk info, Shila sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada April 2018 namun hubungan mereka berakhir dengan penceraian pada Februari 2022.
Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Seth.
Shila mula dikatakan rapat dengan Ubai pada awal Februari lalu dan akhirnya mengikat tali pertunangan pada 27 Mei lalu.
@shilaamzahofficial
Sebagai seorg manusia, kadang2 sha hilang motivasi untuk kerja ? Tapi sebagai seorang mak, anak lah punca untuk kita terus bersemangat walau sepenat apa pun kita mentally and physically ? Semoga semua ibu2 terus kuat okay ! ??♬ universe (sped up) - thuy
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Pertama Kali Terhentak Macam Ini, Kena Belakang Kepala, Bergegar Otak” - Suami Shila Amzah Perlu Rehat 6 Minggu Selepas Jatuh Main Bola

gempak
23/07/2024
03:55 MYT
Pempengaruh media sosial dan suami kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Ubai MZ berkongsi video memperlihatkan kepalanya terhentak ketika jatuh bermain bola sepak.
Hiburan

“Autism Ini Takkan Sembuh, Tapi Apa Yang Kita Boleh Bantu Adalah…” - Shila Amzah

gempak
13/07/2024
01:55 MYT
Penyanyi Shila Amzah memberitahu individu yang didiagnos menghidap autisme tidak akan sembuh dan menjadi normal seperti orang lain.
Hiburan

Anak Disahkan Autisme Tahap 1, Shila Amzah Kongsi Tanda Awal - “Hati Saya Berdegup Kencang, Hanya Tuhan Tahu”

gempak
26/06/2024
01:55 MYT
Selepas melakukan pemeriksaan di sebuah pusat perubatan, doktor mengesahkan anak penyanyi Shila Amzah iaitu Seth Uwais telah didiagnos autisme tahap satu.
Hiburan

Raih Semua A Dalam SPM, Shila Amzah Ucap Tahniah Kepada Adik Ipar - " Sekalung Tahniah Diucapkan Kepada Adik Ipar Tunggal Saya"

gempak
27/05/2024
06:01 MYT
Penyanyi Shila Amzah berkongsi berita gembira tentang adik iparnya, Alieya yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Hiburan

Shila Amzah Cemas Anak Sulung Hampir Pengsan - "Muka Dia Dah Pucat ..."

gempak
21/05/2024
08:51 MYT
Penyanyi Shila Amzah berdepan detik cemas apabila anak sulungnya, Seth Uwais secara tiba-tiba hampir pengsan selepas bermain panas di luar kawasan rumah.