Laman Utama
[VIDEO] "Kalau Setakat Kena Cekik Macam Tu, Takkan Mati Punya" - Fezrul Khan Ulas Isu Babak Dengan Reen Rahim
Pelakon Fezrul Khan memberitahu dia berasa hairan dengan tindakan aktres Reen Rahim yang menjerit kepadanya selepas pengarah menghentikan babak aksi antara mereka.
Pernah melalui pengalaman lakukan babak melibatkan api dan air, Fezrul berkata setakat aksi mencekik yang dilakukan terhadap Reen itu tidak akan meragut nyawa.
"Kenapa bila pengarah 'cut' saja, dia kena menjerit dengan saya? Kenapa tak jerit dari awal? Habis saja babak tu, dia siap betulkan rambut. Saya pernah melalui pelbagai pengalaman dalam api dan juga air.
“Kalau setakat kena cekik begitu, tak kan mati punya. Mungkin dia nak tunjuk kepada teman lelakinya kot. Sebelum masuk set pun, penolong pengarah sudah pesan, 'kalau teman lelaki Reen datang, jangan bergurau dengan dia'.
"Sebagai pelakon, saya perlukan keserasian. Kalau tak dapat keserasian itu, takkan dapat melakonkan sesuatu watak dengan baik," katanya kepada Gempak.
Fezrul berkata demikian ketika sidang media drama terbaharu lakonannya berjudul Aku Seorang Perempuan yang diadakan secara atas talian pada baru-baru ini.
Menurut Fezrul lagi, dia mempunyai pengalaman dan ilmu berkaitan keselamatan selain pernah menyelamatkan orang yang pengsan di set penggambaran.
"Saya belajar dengan pelbagai badan beruniform dalam melakukan sesuatu urusan berkaitan menyelamat dan sebagainya.
"Bahkan, saya juga pernah menyelamatkan orang yang pengsan di set penggambaran. Saya belajar semua itu dan bukan bodoh-bodoh saja.
"Saya dah pernah lakonkan pelbagai babak aksi pertarungan dengan ramai pelakon, baik lelaki, mahupun wanita. Pernah juga saya tertendang kepada orang dan tersiku.
"Tapi, kemudian saya akan minta maaf dan tanya sakit atau tidak kerana ada kalanya, kemalangan tak dapat dielakkan. Kita cuma boleh melakukan latihan, tapi kalau kemalangan nak berlaku, ia akan berlaku," katanya.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
@fezrulkhan
This is ending scene for batu syaitan. Korang tgk dan nilai kan. Kalo belaja jujitsu pon u guys tak le choke sebla tangan. Tanye la bf ko yg stunt man tu. director cut ko bole jerit ngan ako eh. Ako da lebih 20 tahun belakon ko? Ko buat cite ape eh? Awak da makan jom kite g makan. Ni horror faham ke idok? Ke ko saje nak tunjuk depan bf ko? Next time ako tak nak belakon ngan org mcm ni. Blakon utk glamour. Eh leonardo dicaprio tangan bleeding pon die tak de complain. Skrang ko tau tak level belakon ko tahap mane? Belakon kene jujur bukan utk glamour♬ original sound - G
Must-Watch Video