Laman Utama

[VIDEO] Kamal Adli Dipukul, Aaron Aziz Mohon Warga Malaysia Tidak Berdendam Dengan Artis Singapura - “Saya Tak Nak Kes Ini Jadi…”

Asyikin Mayudin
14/03/2023
02:45 MYT
Insiden pelakon Kamal Adli diserang individu tidak dikenali dengan menggunakan cota turut mendapat perhatian aktor kelahiran Singapuran iaitu Datuk Aaron Aziz.
Tiada niat ingin masuk campur, Aaron berkata dia memahami keadaan Kamal dan isterinya iaitu aktres Uqasha Senrose yang berdepan situasi cemas itu ketika berada di negara tersebut.
“Bukan saya nak masuk campur… saya pernah berada di mana apa yang Uqasha dan Kamal rasa. Sebab saya masih mula berlakon di Malaysia, sebatang kara, sehelai sepinggang.
“Tak ada sesiapa yang tolong. Jadi, saya rasa macam nak tolong. Sebab saya tahu dia tengah trauma, orang itu pun dah kena tangkap.
“Saya tak nak kes ini jadi besar sampai artis Singapura datang Malaysia pun kena pukul balik ke apa ke. Saya harap benda itu tak berlaku,” katanya ketika membuat live di Instagram.
Aaron turut memohon agar semua rakyat Malaysia bersabar dan tidak melepaskan kemarahan terhadap warga Singapura terutama selebriti kelahiran negara itu.
“Saya mohon kawan-kawan seluruh Malaysia harap bersabar dan jangan ada perasaan marah. Orang itu dah kena tangkap. Saya hanya nak buat damage control saja.
“Saya cuma nak amankan keadaan sebab dekat sini pun ada juga ramai artis Singapura yang bermaustautin di sini. Saya tak benda ini jadi satu isu.
“Niat saya bukan apa, what if benda itu terjadi kepada saya dan isteri saya keseorangan. Saya cuma nak minta semua kawan-kawan Malaysia jangan marah dan jangan ada untuk balas dendam.
“Kalau ada artis Singapura datang ke Malaysia buat persembahan ke apa… saya bagi pihak, saya minta maaf benda ini memang sangat sensitif,” ujarnya.
Terdahulu, Uqasha memaklumkan mengenai suaminya, pelakon Kamal Adli mengalami kecederaan parah selepas diserang oleh individu tidak dikenali, di acara di Singapura pada malam Ahad.
Uqasha turut berkongsi satu tangkap layar mesej yang pernah diterima daripada lelaki berkenaan sebelum ini mengugut untuk membunuh Kamal.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Mira Filzah, Kamal Adli Bintangi Hikayat Bawang Merah Bawang Putih

gempak
24/07/2024
16:35 MYT
Pelakon jelita Mira Filzah antara bintang utama drama rantaian empat episod adaptasi daripada kisah dongeng Bawang Merah Bawang Putih.
Hiburan

#GTheUntoldStory: Hawra Uqaira, Penyeri Hidup Kamal & Uqasha

gempak
06/07/2024
03:55 MYT
Selami perasaan Uqasha dan Kamal mengenai Hawra Uqaira, cabaran bergelar ibu dan bapa dan perancangan karier pada masa depan.
Hiburan

Uqasha Senrose Dedah Wajah Hawra Uqaira, Bakal Kongsi Kehidupan Bergelar Ibu Di ‘Oh Baby Kamal & Uqasha’

gempak
03/07/2024
07:53 MYT
Buat pertama kali pelakon Uqasha Senrose mendedahkan wajah puteri sulungnya iaitu Hawra Uqaira yang kini sudah berusia dua bulan.
Hiburan

Nafsu, Siri Supernatural Thriller Tentang Deria Keenam & Ajaran Sesat

gempak
30/06/2024
14:54 MYT
Viu, perkhidmatan penstriman video OTT pan serantau milik PCCW melancarkan Viu Original terbaharu Nafsu yang dibarisi oleh barisan pelakon hebat seperti Kamal Adli, Azira Shafinaz, Aqasha, Khayrisyah Kemal dan Nia Atasha.
Filem

Atas Permintaan Tinggi, Filem Sheriff Kini Boleh Ditonton Menerusi Astro First di Astro & sooka!

gempak
21/06/2024
04:55 MYT
Rentetan daripada kejayaan besar filem blockbuster nombor 1 tahun ini, ‘Sheriff’, Astro membawakan filem ini kepada semua penonton Malaysia menerusi Astro First di Astro dan peranti pilihan anda, sooka.