Laman Utama

[VIDEO] "Kawan Ameena Marah" - Meremang! Anak Shakilla Khoriri Berbual Dengan 'Kawan' Nama Comot, Netizen Nasihat Bawa Berubat

gempak
Shahrin Zulkifle
15/10/2022
15:00 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] "Kawan Ameena Marah" - Meremang! Anak Shakilla Khoriri Berbual Dengan 'Kawan' Nama Comot, Netizen Nasihat Bawa Berubat
Pelakon Shakilla Khoriri berkongsi sebuah potongan video menyeramkan apabila anak perempuannya, Ameena Sofea secara spontan menujukkan sesuatu yang dikatakan ‘rakannya’ ketika mereka bercuti di Pulau Pinang baru-baru ini.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok Shakilla, dia bertanya kepada Ameena siapa yang dimarahinya, lalu dijawab dia memarahi kawannya sambil menunjukkan tangan ke arah satu sudut dalam bilik hotel yang didiami mereka.
Lebih menyeramkan lagi, apabila bahagian sudut yang ditunjukkan Ameena tidak kelihatan sesiapa pun ketika dilihat Shakilla.
Malah Ameena turut mengajak kawannya yang dikenali sebagai ‘Comot’ untuk keluar meninggalkan bilik hotel itu.
@shakillakhoriri Nasibbbbbb baikkk dah sampai rumah baru tengok balik video-video ni eh. Dia ada ‘kawan’ pulakkkkkkk dekat sana. Kussssss semanggat makkk kau nakkkk…… ??? #SKnASJourney ♬ original sound - shakillakhoriri
Bagaimanapun, jelas Shakilla dia hanya perasan mengenai ‘rakan’ anaknya itu selepas melihat semula rakaman video berkenaan sewaktu sudah pulang ke rumah.
Sementara itu, rata-rata netizen yang singgah ke ruangan balas turut berasa seram dengan perkongsian Shakilla.
Malah ada juga segelintirnya yang menasihatkan Shakilla untuk membawa anaknya itu berjumpa dengan Ustaz bagi mendapatkan rawatan.
Untuk info, Ameena merupakan anak hasil perkahwinan Shakilla bersama bekas suami yang merupakan seorang penyampai radio, Fizi Ali. Mereka telah mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan memutuskan untuk bercerai pada Disember 2021.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live