Demi memberikan kejutan sempena hari lahir buat anak sulungnya iaitu Ariq, selebriti, Johan dan Ozlynn terbang ke Dublin, Ireland.

Johan dan Ozlynn berkongsi momen ketika mereka membuat kejutan kepada anaknya sehingga mengundang rasa sebak semua orang yang menonton video yang dimuat naik di Instagram.

“Kita sebenarnya dekat dalam lif nak buat kejutan untuk Ariq. Kami cakap kawan kami ada nak hantar barang untuk dia. Jom kita tengok reaksi dia! Tak pasal-pasal kena tipu.

“Selagi ada kita hargailah pinjaman paling berharga dariNya. Surprise untuk abang Ariq menjadi.

Papa, mama dan adik-adik Hanania sayang kamu,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, lagu berjudul Ke Hujung Dunia nyanyian Allahyarham Siti Sarah yang diletakkan sepanjang dalam video ini juga turut meruntun hati siapa sahaja yang mendengarnya.

Menerusi perkongsian video tersebut, Ozlynn dan anaknya tidak dapat menahan air mata daripada mengalir ketika mereka berpelukan melepaskan kerinduan.

Rata-rata rakan selebriti dan netizen turut berasa sebak melihat pasangan selebriti itu bersama anak lelaki mereka yang melanjutkan pelajaran di luar negara.

“Korang ini kan pagi-pagi dah suruh mummy menangislah. Adoi kalah sungguh kalau dengan anak-anak ni,” komen selebriti Didie Alias.

“MasyaAllah… so sweetnya. Kasih sayang ayah dan ibu pada anaknya hingga ke jannah,” kata Datin Umie Aida.

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania)