Belum lagi usia anak pertama setahun, isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri kini sedang hamil anak kedua mereka .

Memuji diri sendiri, Fizo melahirkan rasa syukur selain memaklumkan bahawa usia kandungan isterinya kini sudah mencecah lima bulan.

“Syukur Alhamdulillah, another rezeki daripada Allah buat kami semua. Faz pregnant lagi, good job abe Joe, 5 month pregnant,” kongsi Fizo.

Sementara itu, Fizo turut memberitahu dia dan isterinya sememangnya merancang untuk mendapatkan anak kedua dalam masa yang cepat.

“Nota kaki : beza Khaleeda dan adik dia ni 11 bulan saja… kilang buka terus produce,” kata Fizo.

Untuk rekod, Fizo mendirikan rumah tangga dengan Fazeera pada Oktober tahun lalu dan mereka dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Wan Khaleeda pada 25 Jun lalu.

Sebelum itu, Fizo pernah berkahwin dengan usahawan, Mawar Karim pada November 2013 namun bercerai pada 10 Julai 2019.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak perempuan Wan Maryam kini berusia empat tahun.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

A post shared by Fizo Omar (@fizoomar)