Semalam, genap setahun penyanyi Siti Sarah Raissuddin pergi menghadap Yang Maha Esa. Sungguhpun masa telah menjarakkan duka, namun kehilangannya masih tetap terasa.
Kenangan pemergian arwah dikongsi suami, Shuib Sepahtu. Menerusi kemas kini Instagram, Shuib berkongsi video yang disifatkan sentiasa membuatnya mendakap rasa sedih.
“9 Ogos 2022. Genap setahun sayang pemergian you. Inilah video yang selalu buat I sedih yang teramat. Masa ni pregnant lima bulan, you nak sangat makan dekat tempt favourite you.
“Berkali-kali call sebab nak ajak pergi makan. Bila I pergi ambik, buat pulak muka comel dengan manjanya sekali. Alhamdulillah dapat you makan kat tempat yang you nak,” tulis Shuib.
Selain berkongsi mengenai situasi yang dirakam bersama arwah isteri tersayang, Shuib juga berpesan kepada para suami supaya sentiasa peka dengan permintaan orang yang disayang.
Tambah Shuib, permintaan tersebut barangkali boleh jadi permintaan terakhir mereka.
“Pada suami semua, selagi mana kita boleh tunaikan permintaan orang yang kita sayang, cubalah sehabis baik untuk memenuhi segala permintaan kerana mungkin itu adalah permintaan yang terakhir.
“Terima kasih yang terus mendoakan Siti Sarah, semoga kita semua diberkati dan dirahmati dunia dan akhirat. Amin. Al-Fatihah buat Siti Sarah Bt. Raissuddin.
Untuk rekod, allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu selepas melahirkan anak keempatnya Ayash Affan dalam keadaan dijangkiti virus COVID-19.
Izwan Isa
Tue Aug 09 2022
![[VIDEO] Kongsi Rakaman Video Arwah Siti Sarah Di Instagram, Shuib Titip Pesan Buat Para Suami - “Pada Suami Semua…” [VIDEO] Kongsi Rakaman Video Arwah Siti Sarah Di Instagram, Shuib Titip Pesan Buat Para Suami - “Pada Suami Semua…”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/siti-sarah-shuin.jpg?ext=.jpg)

Demi Jual Sayur, Nenek Akhirnya Berjaya Dapatkan Lesen Setelah Percubaan ke-960 Kali
Nenek Akhirnya Berjaya Dapatkan Lesen Setelah Percubaan ke-960 Kali

“Kemain Orang Geli, Sebenarnya Ada Jawapan…”- Nabila Huda Respon Isu Kongsi Makanan Dengan Kucing
Abil komen isu makan semangkuk dengan kucing.

“Saya Sudah Memaafkan, Tetapi Untuk Melupakan…” - Bella Astillah
Bella Astillah baik orangnya

Jadi Mangsa Rogol, Tiz Zaqyah Terkesan Gara-Gara Watak Lara - “Saya Rasa Tidak Sabar Nak Tukar Baju…”
Berat juga watak Tiz dalam Liar.

Isteri Afiq Muiz Fail Fasakh, Dakwa Tak Beri Nafkah Punca Utama Nak Bercerai - “Mengenai Bukti, Saya Rasa Semua Orang…”
Semoga ada jalan penyelesaian.

“Kalau Betul Aurora Trauma Dengan Saya, Kenapa…”- Farid Kamil Buntu Dengan Tuduhan Diana Danielle
Farid Kamil Buntu Dengan Tuduhan Diana Danielle

Lebih Bersinar Di Pagi Raya, Amalkan Produk Penjagaan Wajah Jepun Hada Labo
Cantik di pagi raya dengan produk Hada Labo.

Ramai Wanita Islam Mengubah Bentuk Muka Dengan Suntikan ‘Filler’ & ‘V Shape’, Ini Respon Ustazah Asma - “Hukumnya Adalah…”
Janganlah ubah bentuk muka...
![[VIDEO] Kongsi Pendapat Mengenai Lelaki, Watie Hanifiah Dipuji Patut Jadi Pilihan Shuib - “Kalau Dah Maafkan, Tak Ada Istilah…” [VIDEO] Kongsi Pendapat Mengenai Lelaki, Watie Hanifiah Dipuji Patut Jadi Pilihan Shuib - “Kalau Dah Maafkan, Tak Ada Istilah…”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/ekin-punya-210.png?ext=.png)
[VIDEO] Kongsi Pendapat Mengenai Lelaki, Watie Hanifiah Dipuji Patut Jadi Pilihan Shuib - “Kalau Dah Maafkan, Tak Ada Istilah…”
Maafkan tapi bukan melupakan.
![[VIDEO] Lupa Anniversary Ke 2, Syamel ‘Surprise’ Ernie Zakri Dengan Kek Pavlova Besar - “Sibuk Mengerjakan Khawla Demam Nak…” [VIDEO] Lupa Anniversary Ke 2, Syamel ‘Surprise’ Ernie Zakri Dengan Kek Pavlova Besar - “Sibuk Mengerjakan Khawla Demam Nak…”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/ekin-punya-207.png?ext=.png)
[VIDEO] Lupa Anniversary Ke 2, Syamel ‘Surprise’ Ernie Zakri Dengan Kek Pavlova Besar - “Sibuk Mengerjakan Khawla Demam Nak…”
Sekejap je dah 2 tahun kan.