Meskipun belum memulakan tayangan secara rasmi di pawagam, filem animasi terbaik tahun 2022, Mechamato Movie sudah pun menerima pelbagai maklum balas yang positif daripada penonton.

Hal ini dipamerkan oleh penonton selepas rata-rata mereka menyaksikan tayangan trailer rasmi filem tersebut yang dimuat naik di Youtube Monsta.

Kata penonton, Mechamato Movie merupakan sebuah filem yang kreatif selain ada yang sudah membeli tiket lebih awal.

“Malaysia memang kreatif dalam membuat Animasi. Hebat lah Mechamto, tak sabar nak tengok yang full movie,” ujar seorang wargamaya.

“Tiket dah beli tinggal tengok je nanti dekat wayang, apa pun trailer tetap hebat,” kata seorang warganet.

“Wow, marvelous! Saya dah mula rasa goosebumps!” komen seorang netizen.

“Terbaik Monsta, mari ramai-ramai tengok Mechamato Movie di pawagam nanti,” luah seorang wargamaya.


Filem arahan Nizam Abd Razak yang juga bertindak selaku penulis skrip itu bakal menemui penonton di seluruh pawagam Malaysia dan Brunei bermula 8 Disember ini.

Untuk info, Astro Shaw merupakan penerbit bersama dengan syarikat MONSTA selain menjadi pemasar dan pengedar Mechamato Movie.

Sinposis:

Mechamato mengisahkan bapa kepada watak BoBoiBoy iaitu Amato yang muncul dalam BoBoiBoy Movie 2, seorang pemuda yang secara tidak sengaja menjadi pemilik MechaBot, sebuah Power Sphera berkebolehan membentuk “mechanize’ dengan objek lain.

Hasil gabungan mereka telah mewujudkan kemunculan wira, Mechamato! Keadaan menjadi lebih sangat cemas apabila Mechamato bakal berhadapan dengan penjahat berupa alien, Grakakus yang ingin merampas MechaBot daripada tangan Amato untuk memastikan agenda jahatnya terlaksana!

Apakah agenda jahat yang dirancang oleh Grakus? Mampukah adiwira baru ini menghalang agenda jahat Grakakus? Kalau nak tahu apa yang terjadi, saksikan Mechamato di pawagam berdekatan anda pada 8 Disember ini!