Viral

Video Lucah Mirip Zaquan Adha Tersebar

gempak
Miss K
06/05/2019
09:12 MYT
Sponsor Banner
Video Lucah Mirip Zaquan Adha Tersebar
Oooohai….baru hari pertama Ramadan dah ‘kurus’ pahala puasa Miss K!
Sedang Miss K ralit memikirkan menu apa nak masak untuk berbuka beberapa jam je lagi, dapat pula kiriman e-mel dari seseorang.
Ya, memang tak senonoh isi kandungan e-mel tu, dan Miss K sendiri pun tak sanggup nak tengok sampai habis! Tak kuasa nak buat dosa kering.
Tapi, bila Miss K tengok video tu…Kelu lidah tak terkata sebab individu sedang beraksi lucah tersebut saling tak tumpah seperti pemain bola sepak Zaquan Adha yang juga suami kepada pelakon Ayu Raudhah.
Eh! Miss K tak kata itu Zaquan tetapi rupa dia memang saling tak tumpah tau! Tahi lalat di pipi pun nampak macam sama! Miss K ulang ya M.A.C.A.M - MACAM!
Atau...Hmmm..boleh jadi itu memang Zaquan sebab kalau tak silap Miss K pada Oktober tahun lepas Ayu Raudhah pernah bagi kenyataan selepas video seorang lelaki beraksi nakal dengan hanya memakai seluar dalam berwarna putih di hadapan kamera telefon bimbitnya, tular.
Kata Ayu (ketika itu), video tersebut merupakan koleksi peribadinya dan suami yang telah disebarkan pihak tidak bertanggungjawab sewaktu dia menghantar telefon bimbitnya yang rosak untuk dibaiki.
Alahai, kalau benar video yang baru tersebar sejak semalam itu merupakan sambungan daripada video terdahulu, bersabarlah Ayu.
Tidak sangka pula ‘tangan-tangan’ jahat tu nak sebarkan pada hari pertama kita semua menyambut Ramadan.
Apa-apa pun Miss K nak pesan sikit kepada yang kat luar sana tu, kalau boleh janganlah rakam ‘benda’ pelik-pelik atau sulit di telefon bimbit.
Bukannya apa, bimbang telefon tu jatuh ke tangan orang yang tak bertanggungjawab…
Miss K: Makan Roti John je berbuka nanti…
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live