,
Laman Utama

[VIDEO] "Masukkan Embrio Matang Ke Tubuh Ibunya..." - Achey Update Proses IVF, Doa Moga Terus Tabah!

Shahrin Zulkifle
09/12/2022
07:00 MYT

Pelawak Achey berkongsi perkembangan terkini proses persenyawaan in-vitro (IVF) yang dijalani isterinya, Nur Hasanah Yahaya di Instagram buat tonton umum.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik, Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah berkata isterinya itu sudah pun menjalani proses memasukkan embrio matang ke dalam sistem peranakan.

"Bismillah bermula daripada Ogos dan kini, proses penting telah tiba, memasukkan embrio matang ke tubuh ibunya (isteri Achey).

“Mudah-mudahan berjaya, doakan proses ini berjalan dengan baik. Tak mudah proses ini, positif kita jalani, positif la kita dapat,” katanya.

Dalam masa sama, pelawak berusia 36 tahun itu memohon doa orang ramai agar dia dan isteri diberi kekuatan.

"Usaha sebaik yang boleh, Allah juga yang menentukan berjaya atau tidak, doakan kami terus kuat.

"Allahuakhbar, bismillah, tiada daya dan usaha hambaMu ini tanpa keizinanMu Ya Allah.

Doakan Anne kuat dan hari ini bermula fasa penting," tambahnya.

Video tersebut turut disunting bersama sebuah lagu sedih mengisahkan perjuangan seorang ibu berjudul Untukmu Ibu.

Menjengah ke ruangan balas, terlihat beberapa kelibat rakan selebriti seperti Datuk Fizz Fairuz, Jue Azis, Syura Badron dan beberapa lagi yang mendoakan urusan pasangan tersebut dipermudahkan.

Malah tidak terlepas juga kalangan pengikut Achey yang turut sama menitipkan doa agar kesejahteraan pasangan berkenaan sentiasa dalam lindungan Allah.

Untuk info, Achey dan Hasanah telah bergelar suami isteri pada 2011 dan mereka mempunyai seorang anak angkat perempuan bernama Nur Tiara Zinnirah yang kini berusia empat tahun.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Janna Nick Percaya Hanya Allah Penentu Rezeki Anak, Walau Mampu Buat IVF - "Kalau Allah Kata Tak Jadi, Maka”

gempak
07/11/2024
15:25 MYT
Jelas Janna, mempunyai wang yang banyak dan mampu untuk membuat rawatan In Vitro Fertilisation (IVF) tidak menjamin baginya untuk mendapat zuriat.
Terkini

Dini Dituduh Lebih Hormon Wanita Punca Tak Dapat Anak, Janna Nick Anggap Komen Itu Kurang Ajar - “ Kami Dah Buat Macam-Macam”

gempak
05/11/2024
08:50 MYT
Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner menyifatkan komen yang diberikan individu berkenaan yang menuduhnya tidak boleh mengandung kerana Dini mempunyai hormon wanita lebih adalah sebagai kurang ajar.
Hiburan

Bergabung Dalam 'Biar', Achey Dan Tantari Mahu Sampaikan Mesej Yang Mendalam Buat Pendengar

gempak
12/09/2024
18:55 MYT
Menurut Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah,38, lagu yang ditulis sepenuh olehnya itu mengisahkan tentang realiti kehidupan, di mana kesempurnaan adalah sesuatu yang sukar dicapai.
Viral

Isteri Pertama Abang Tesla Dedah Berhabis RM30,000 Untuk Rawatan IVF, 6 Tahun Tunggu Cahaya Mata

gempak
05/09/2024
02:29 MYT
Isteri pertama kepada pempengaruh Abang Tesla iaitu Nurmajdina Jamari baru-baru ini berkongsi pengalamannya menjalani rawatan Persenyawaan in vitro (IVF).
Bollywood

Preity Zinta Dedah Gagal Rawatan IVF Punca Guna Kaedah Ibu Tumpang

gempak
04/09/2024
14:50 MYT
Aktres Preity Zinta dan, Gene Goodenough, diketahui memiliki anak kembar Jai dan Gia yang lahir pada November 2021.
Unitar