Viral

[VIDEO] "Meremang Dengar Ada Suara Misteri" - Adik Nadzmi Adhwa Cerita Pengalaman Mengaji Dengan Jin

gempak
Amri Hassan
08/07/2020
08:46 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] "Meremang Dengar Ada Suara Misteri" - Adik Nadzmi Adhwa Cerita Pengalaman Mengaji Dengan Jin
Adik kepada pelakon Nadzmi Adhwa, Nadzmin Adam berdepan detik cemas apabila terdengar suara garau bertindih.ketika sedang merakamkan video untuk tugasan subjek agama Islam pada malam tadi.
Mula merakamkan Surah Yasin ayat ke-10, suara 'kedua' itu kedengaran selepas bacaan Bismillah.
"Dalam pukul 10.12 malam tadi saya mula merakamkan video membaca Surah Yasin untuk tugasan CTU.
"Selepas bacaan itu, saya hantarkan video kepada ustaz saya dan sepatutnya tak adalah seram pun.
"Bila tengok balik video itu baru terdengar macam ada suara lain pula. Meremang oi!
"Saya ingat saya seorang saja yang dengar, untuk kepastian saya post di Twitter dan rupa-rupanya bukan saya seorang dengar suara sama!" ceritanya kepada Gempak. Ekoran video berkenaan, Nadzmin terpaksa bersengkang mata kerana ketakutan.
"Ramai cakap seram, saya yang ada dalam situasi lagi seram. Dahlah dalam rumah sendiri.
"Tak boleh tidur jadinya, dekat pukul 5 pagi baru boleh lelapkan mata," tambahnya.
Enggan dibayangi perkara buruk, Nadzmin mendapatkan juga pandangan daripada abangnya.
"Tapi dia nak sedapkan hati cakap mikrofon rosak. Saya pun fikir macam tu juga," kata penuntut jurusan Rekaan Industri di Universiti Teknologi Mara Merbok, Kedah itu.
Diasak netizen dakwanya ada 'benda' menumpang badan, kata Nadzmin dia pernah berubat dengan seorang ustaz di Kedah sebelum ini.
"Sebelum ini pernah berubat, dia kata dalam badan saya tak ada apa-apa dan dekat rumah pun bersih.
"Saya tanya mak, ada tak kisah seram sebelum saya lahir katanya dulu-dulu adalah. Sekarang mungkin sudah hilang," sambung Nadzmin lagi yang kini menetap di Wangsa Maju bersama keluarga.
Video terbabit telah ditonton lebih 170,000 kali dan mendapat lebih 6,000 ulang kicau.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live