Siapa sangka disebalik gelak tawa dan ‘energi’ yang dipamerkan, sebenarnya pengacara Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) Elly Mazlein sebelum ini seorang yang sangat pemalu.

Elly atau lebih mesra disapa sebagai kak Lina berkata dia mula berubah selepas berlaku satu kejadian yang menyedarkan dirinya untuk tidak menjadi mangsa buli lagi.

“Sebenarnya kak lina ni pemalu orangnya tau. Kalau dulu siapa yang mengenali kak Lina, mereka akan tahu kak Lina seorang yang tak banyak cakap.

“Kak Lina tak ada confident dan sangat pemalu. Kadang-kadang kalau dengan orang, kak Lina macam ‘eh nak cakap apa ini’. Sampailah satu ketika itu...

“Kadang-kadang orang kata apabila kita diuji itu, jangan kita rasa buruk sangka pada Allah. Disebabkan satu dugaan menimpa diri kak Lina ketika itu, tiba-tiba kak Lina bertukar jadi macam… ‘no! Dah tak boleh dah, tak boleh orang buli lagi’.

“Kemudian bila kak Lina buat sesuatu benda, tiba-tiba rakyat Malaysia menyokong, menyebelahi. Bermula dari situ, kak Lina berasakan ada orang yang bersama kak Lina,” katanya.

@imago_rahman #CapCut bak kata kak lina malaysia perlukan kak lina…#gv9#kaklinapompom #ellymazlin #lucu #lawak #vote ♬ original sound - Imago_rahman

Elly yang juga seorang penyanyi dan pelakon berkongsi perkara itu ketika menjadi tetamu undangan di konti Era FM sebagai kejutan buat rakan pengacaranya, Nabil Ahmad baru-baru ini.

Menerusi segmen 3 Pagi Era bersama juga Radin dan Azad, Nabil turut menjelaskan Elly bukan disingkirkan namun memilih untuk menarik diri dari GV musim ke-3.

“Dia bukan keluar sebab markah, tapi dia pilih,” jelas Nabil.

Malah Elly turut mengakui keputusan yang dilakukan ketika itu mengikut emosi dan hatinya.

“Masa itu kak Lina faham, Malaysia perlukan hiburan , Malaysia perlukan Elly Mazlein ketika itu, tapi ketika itu kak Lina rapuh hatinya,” katanya.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.

Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!