Laman Utama

[VIDEO] Penyokong JDT Hadiahkan Safawi Rashid Lagu Selamat Pengantin Baru, Netizen Speku Bakal Kahwin Disember Depan!

Shahrin Zulkifle
21/11/2022
13:00 MYT
Pemain bola sepak pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rashid dikejutkan dengan nyanyian lagu Selamat Pengantin Baru daripada penyokong yang hadir di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru malam tadi.
Menerusi video yang dikongsi pengguna TikTok @Ahboysalo, Safawi dilihat berada di tepi padang selepas tamat perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia 2022 di antara pasukan JDT dan Sabah FC sebelum ‘dihadiahkan’ oleh penyokong yang hadir dengan nyanyian lagu tersebut.
Pada video yang dikongsikan itu, seluruh stadium menjadi gamat dengan nyanyian lagu Selamat Pengantin Baru nyanyian asal penyanyi Wann.
@fadly1508jb #boysofstraits #safawirasid29 ♬ bunyi asal - AhhBoySalo
Safawi yang menyarung jersi pasukan JDT bernombor 11 dilihat hanya tersenyum malu sambil melambaikan tangan ke arah penyokong.
Menjengah ke ruangan balas, pelbagai reaksi yang dibuat oleh netizen sehingga ada yang mendakwa Safawi bakal melangsungkan perkahwinan pada Disember depan bersama pempengaruh Syifa Melvin yang juga merupakan adik kepada pelakon Syatilla Melvin.
Malah tidak kurang juga yang mengusik Safawi dengan mengatakan mereka patah hati apabila mengetahui dia bakal melangsungkan perkahwinan.
Terdahulu, kisah percintaan Safawi dan Syifa menjadi bualan orang ramai namun tiada sebarang pengesahan rasmi daripada kedua belah pihak yang mengatakan mereka sedang menjalin hubungan istimewa.
Pada perlawanan yang berlangsung malam tadi, JDT selaku tuan rumah berjaya menumpaskan Sabah FC dengan keputusan penuh 4-1 sekali gus melayakkan mereka ke pentas akhir Piala Malaysia 2022 untuk dua musim berturut-turut.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Remaja Rebah Meninggal Dunia Sebelum Tonton Perlawanan Kedah Lawan JDT

gempak
20/07/2024
04:55 MYT
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad mengesahkan kejadian itu dan mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.
Sukan

Isu Denda, Selangor FC Bakal Failkan Rayuan Rasmi Kepada MFL

gempak
27/06/2024
17:38 MYT
Selangor FC (SFC) akan memfailkan rayuan berdasarkan keputusan yang telah dipertimbang semula oleh Ahli Lembaga Pengarah Liga Bolasepak Malaysia (MFL) berlandaskan peraturan-peraturan berkaitan.
Sukan

Steady, Altimet Pun Nak Tolong Bayar Denda RM100, 000 Yang MFL Kenakan Ke Atas Selangor FC

gempak
25/06/2024
13:50 MYT
Berita Selangor FC didenda dan diminta bayaran ganti rugi mencecah RM100,000 oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) susulan  tindakan pasukan itu 'tidak hadir' pada aksi Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, 10 Mei lalu menjadi topik hangat di media sosial.
Sukan

Liga Super 2024/2025: Selangor FC Didenda RM100,000, Hilang Tiga Mata

gempak
25/06/2024
13:14 MYT
Setelah menjadi teka-teki selama hampir sebulan, akhirnya persoalan peminat bola sepak tanah air mengenai hukuman ke atas Selangor FC akibat enggan menghadirkan diri dalam perlawanan Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 10 Mei lalu terjawab juga.
Berita

Faisal Halim Disimbah Asid: “Apa Kena Mengena Dengan Saya” - Tunku Mahkota Ismail

gempak
10/06/2024
00:46 MYT
Dalam satu program podcast bersama penyokong JDT, baginda yang juga Pemangku Sultan Johor dengan sekeras-kerasnya menafikan dakwaan penglibatan beliau sebagai perancang utama di sebalik insiden itu.