Perkongsian aktiviti pelakon Intan Najuwa bersama rakan-rakannya sepanjang bercuti ke Dubai sejak minggu lalu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen di laman sosial.

Rata-rata netizen meluahkan rasa teruja selain cemburu melihat percutian Intan yang dilihat serba serbi mewah.

Malah, netizen juga menganggap kehidupan Intan yang menikmati zaman bujangnya dengan baik dan dari segi kewangannya juga seperti ‘unlimited’.

“Aku minat betul kehidupan dia ini… dia betul-betul menikmati zaman bujang dia. Bagus sangat.

“Another level eh. Kalau saya healing atas bukit penuh sampah dan nyamuk saja.

“Duit memang tak boleh beli bahagia tapi ada duit mesti bahagia. Oh to be her.

“Dah la cantik, berbakat, biak la tu… enjoy your holiday Intan,” antara komen-komen netizen.

Perkongsian Intan di laman sosial terutama aktiviti dan percutiannya sentiasa menarik perhatian netizen yang rata-ratanya menjadikan aktres itu sebagai inspirasi wanita muda berjaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Intan Najuwa Tidak Terkesan Dengan Kecaman Berimej Seksi - “Setiap Hari Kita Mesti Nak Jadi Orang…”

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Sudah Bertunang Dengan Individu Berstatus ‘Datuk’, Ini Respon Intan Najuwa

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Kritik Baru Balik Umrah Tapi Pakai Seksi? Intan Najuwa Mohon Jangan Menilai Luaran Seseorang

@intannajuwaaa

It’s a shopping day ?

♬ original sound - leilaa