Perkongsian terbaharu penyanyi dan guru vokal popular, Datuk Syafinaz Selamat telah menarik perhatian ramai apabila dia tampil mengenakan tudung menerusi satu hantaran video di laman Instagram miliknya baru-baru ini.

Pada hantaran tersebut, Syafinaz, 50, dilihat sedang mempromosikan sebuah acara karnival bersempena peristiwa Israk Mikraj yang dijadualkan berlangsung pada hujung minggu ini di Negeri Sembilan.

A post shared by Syafinaz Selamat (@datuksyafinazofficial)

Bagaimanapun, apa yang menyorot perhatian wargamaya adalah pelantun lagu Persis Salju itu yang mengenakan hijab berwarna biru gelap dengan sedikit solekan ringkas di wajahnya sehingga mendapat pelbagai reaksi netizen.

Menjengah ke ruangan balas, ramai dalam kalangan selebriti dan wargamaya memuji kecantikan Syafinaz yang kelihatan manis dan ayu apabila berhijab.

Malah tidak kurang yang mendoakannya untuk kekal istiqomah dengan imej sedemikian.

“Wow persis bidadari,” komen penyanyi Indah Ruhaila.

“Masyallah anggun sungguh, istiqomah sayang,” kata seorang warganet.

“Berseri bila berhijab,” ujar seorang netizen.

Terdahulu, Syafinaz pernah digelar ‘vampire’ oleh warganet gara-gara wajahnya yang kelihatan sentiasa awet muda.

Malah, jelas bekas kapten All Together Now Malaysia musim ke-2 itu, wajahnya adalah asli tanpa sebarang pendedahan plastik.

BACA: “Muka Saya Original Ya!” - ‘Vampire’ Malaysia! Kekal Awet Muda, Syafinaz Selamat Kongsi Rahsia Kecantikan

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.