Gaya Hidup

Video Pesakit Alzheimer Menyanyi Bersama Anaknya Curi Perhatian Netizen

gempak
Syafiqah Jalal
29/03/2017
14:25 MYT
Sponsor Banner
Video Pesakit Alzheimer Menyanyi Bersama Anaknya Curi Perhatian Netizen
Mungkin ramai di antara kita banyak meluangkan masa bersama bapa dengan menonton perlawanan bola sepak atau memancing.
Namun bagi seorang pesakit Alzheimer, Simon, dia menghabiskan masa lapang bersama anaknya, Mac McDermott dengan menyanyi di dalam kereta.
Aktiviti itu sengaja dirancang oleh Mac kerana bapanya gemar menyanyi.
Walaupun bapanya menghidap Alzheimer tahap kritikal dan tidak mengenali dirinya, namun Mac tetap gembira dapat menghiburkan bapanya.
Bagaimanapun, setelah diberi bantuan oleh Persatuan Pesakit Alzheimer, keadaan Simon bertambah baik dan dia mula mengenali anaknya.
Sebagai penghargaan kepada persatuan tersebut, Mac telah merakamkan beberapa video nyanyian bersama bapanya di dalam kereta.
Video tersebut kemudiannya dimuat naik di laman sosial dan mendapat perhatian ramai.
Dengan cara itu, Mac dapat mengumpul dana dan wang yang terkumpul akan disumbangkan kepada persatuan tersebut.
Di sini kami kongsikan video nyanyian mereka yang telah ditonton lebih tiga juta kali.
Sumber : Womansday.com Olahan : Izzat Ridzwan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024