Sepotong video yang memperlihatkan gelagat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang bermain dengan cucunya telah mencuri perhatian wargamaya.

Menerusi muat naik di laman TikTok, Anwar yang mengenakan kemeja berwarna putih dan seluar jenis slack berwarna biru itu difahamkan baru sahaja pulang daripada kerja sebelum melayani cucunya.

“Tenang dengan cucu, #balikkerja,” tulisnya pada kapsyen.

@anwaribrahimofficial Tenang dengan cucu #balikkerja ♬ AIYA SUSANTI DRXML REMIX - DRXML

Pada video sama, Anwar dilihat memakai penutup mata berbentuk kucing dan mengikut langkah cucunya yang memimpin tangannya menggunakan sebatang kayu kecil.

Bertambah lucu lagi, apabila video tersebut turut menggunakan lagu Aiya Cik Siti nyanyian lagu lagenda Tan Sri P. Ramlee tetapi dengan versi remix.

Menjengah ke ruangan, rata-rata wargamaya terhibur dengan gelagat Anwar bersama cucunya itu selain mendoakan kesejahteraan serta kesihatan beliau.

“Comelnya Datuk Seri layan cucu dia,” kata seorang wargamaya.

“Berkali-kali tengok pun rasa terhibur sebab comel sangat,” kata seorang warganet.

“Wow video Datuk Seri masuk FYP saya, lucu la bila tengok hehe,” kata seorang netizen.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 9juta tontonan dan 700,000 tanda suka.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.